PASPB
Barisan Nasional Sabah dipercayai telah menjadi dalang dalam kegiatan mendaftar pengundi baru dan memindahkan tempat mengundi mereka ke DUN Api-Api (N15) dengan menawarkan RM200 sebagai ganjaran.Imbuhan sebanyak RM200 itu telah ditawarkan kepada pengundi yang berada di kawasan bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam).
Dipercayai ini dilakukan bagi mengekalkan penguasaan mereka di DUN tersebut.
Ganjaran telah ditawarkan kepada sesiapa sahaja kecuali kaum Tiong Hua yang sanggup menukar tempat mengundi mereka ke kawasan Dun Api-Api.
Kegiatan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan Menteri Kabinet negeri.
Saksikan video di sini !!ASD
No comments:
Post a Comment