DETIK DAILY |
Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.
Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.
Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.
Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.
Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:
— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahum
— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM.M/I
14 comments:
Sudah pasti ramain ahli PR tidak sokong perkara ini. Ini kerana jika mereka sokong siapa yang akan sokong parti mereka nanti.
Jadi jangan mudah terpedaya dengan permainan yang cuba diputar belitkan oleh pembangkang ini.
Biarkan apa pun pihak pembangkang mahu katakan yang penting Datuk Najib tahu apa yang mereka ingin lakukan.
bajet yang begini baik pun pembangkang nak pertikai dan manipulasikannya.
tak ada yang baik pada mata pembangkang tentang peranan kerajaan.
BR1M 2.0 bukan gula2 tapi memang bantuan untuk rakyat la..
Bajet bayangan Pakatan lagi la macam gula2.
pemberian BR1M 2.0 yang akan bermula awal tahun depan adalah sebagai kaedah “pembangunan ekonomi yang tepat” kerana selain dapat mengurangkan kos hidup rakyat, ia akan diputar semula ke dalam kitaran sistem ekonomi negara.
BR1M yang diberikan merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat dan secara tidak langsung dapat meringankan beban ditanggung.
Sebenarnya pembangkang amat panik dan terdesak kerana momentum rakyat kepada BN pada masa ini begitu meningkat. Perdana menteri melalui pelbagai program turun padang telah mendengar sendiri rintihan dan keperluan rakyat.
Dua hari sebelum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen Jumaat lalu, pembangkang mengeluarkan bajet mereka.
Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, mereka buat begitu juga. Tapi sama seperti tahun-tahun sebelum ini, bajet pembangkang ini wujud pada kertas sahaja. Tidak membabitkan wang sebenar, tiada mekanisme, strategi mahupun agensi pelaksana; sekadar janji dan lebih banyak janji.
Rakyat berasa pelik, bagaimana orang yang tidak berkuasa di Putrajaya dan tidak berkeupayaan boleh menawarkan perkara ‘bukan-bukan’. Padahal, masih banyak lagi janji yang dibuat pada 2008 dulu masih tidak tertunai. Bila rakyat Selangor menuntut pelbagai janji yang pernah dibuat berkaitan bekalan air percuma, penurunan cukai dan bantuan kewangan kepada golongan tertentu, Menteri Besarnya kata manifesto bukan janji. Manifesto bukan janji? Dari perspektif itu sahaja rakyat sudah memahami bahawa pembangkanglah sebenarnya yang menabur gula-gula bagi memenangi pilihan raya.
Kerajaan murah hati untuk memberi BR1M kali ke-2.
Pembangkang pasti rasa tergugat dengan usaha kerajaan membantu rakyat
Post a Comment