Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Harakahdaily memperkenalkan versi mobilenya mulai akhir Jun lalu bagi mempertingkatkan lagi penggunanya, kata ketua pengarangnya, Zulkifli bSulong.
Dengan versi mobile di alamat http://m.harakahdaily.net ini, pengguna peranti mudah alih seperti iphone, ipad, BlackBerry dan sebagainya boleh melayari Harakahdaily dengan lebih mudah.
Rangkin Harakahdaily.net dalam Alexa.com juga telah meningkat sejak beberapa bulan lepas dengan kini berada di tangga ke enam di kalangan laman media di Malaysia.
Harakahdaily juga sekarang tangga ke 50 laman-laman web yang dilayari di Malaysia.
(Cerapan yang dibuat Alexa.com terhadap tuga media di Malaysia...Kosmo, Harakahdaily dan Berita Harian)
"Kami hanya berada di belakang Malaysiakini yang menduduki tangga teratas, The Star (2), Harian Metro (3), Utusan (4) dan Kosmo (5). Harakahdaily sudah mendahului Berita Harian (tempat ke 7), The Malaysian Insider (8), Sinar Harian (9) dan Mstar (10)," kata Zulkifli.
Beliau juga memaklumkan, jumlah pengunjung Harakahdaily kini adalah 3 juta sebulan dengan purata pengunjung harian kurang lebih 100,000 dengan 17 peratus pengunjung ini adalah pengunjung baru.
Dari pada 100,000 pengunjung yang direkodkan oleh Google Analytics setiap hari, sebanyak 20 peratus atau 20,000 pengunjung didapati menggunakan peranti-peranti mudah alih dengan berbagai jenama seperti Apple iPad, Apple iPhone, Samsung galaxy, RIM Black Berry dan sebagainya.
Jika terdapat sebarang cadangan penambahbaikan dari pelayar-pelayar peranti mobile, sila emelkan kepada teknikal@harakah.net.my atau terus kepada shuhaimi@harakah.net.my.
No comments:
Post a Comment