Oleh: WFAUZDIN NS
MAKA, tiba-tiba ada ADUN Umno dari Johor berminat untuk berbicara soal
Hudud setelah Umno berkuasa lebih 50 tahun. Mengapa? Adakah beliau ini
baru memeluk Islam atau baru sehari dua ini telah menemui ayat tentang
Hudud di dalam Al-Quran? Baca di SINI.
Peliknya, beliau berkata Hudud yang beliau mahu Umno Johor laksanakan di
Johor itu tidak sama seperti yang ingin dilaksanakan oleh PAS.
Ertikata lain, ini Hudud Umno agaknya. PAS dari awal tidak sebut Hudud
itu adalah Hudud PAS tetapi hukum tersebut adalah seperti yang
diperintahkan oleh Al-Quran. Sebab itulah sejak berzaman lagi Umno
tidak pernah berani menyahut seruan dan cabaran PAS untuk berdebat
mahupun untuk bermuzakarah tentang isu Hukum Hudud ini kerana mereka
tahu PAS sememangnya berpandukan kepada Al-Quran, sedangkan Umno
berpandukan akal dan lojik mereka semata-mata. Mana mungkin akal yang
sedikit yang dicipta oleh Allah untuk manusia itu boleh melawan Al-Quran
Kalamullah?
Hujah Adun Umno yang jahil ini, Hudud yang beliau mahu Johor laksanakan
itu akan merangkumi semua termasuk bukan Islam. Justeru itu katanya,
orang-orang bukan Islam harus diberi kefahaman terlebih dahulu tentang
hukum ini. Bagi PAS, memang benar, adalah penting untuk memberi
kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum Hudud dan ini lah yang sudah
lama dilakukan oleh PAS. Tetapi, memberi kefahaman kepada bukan Islam
tentang hukum ini bukan bererti memaksa mereka menerima hukum Hudud.
Ini lah beza Umno dan PAS. Umno berpendapat bukan Islam hendaklah
diberi kefahaman kepada mereka tentang Hudud kerana Hudud akan dikenakan
kepada bukan Islam juga. Ini lah yang dikatakan hukum akal.
Sebagai contoh, kita memberi kefahaman kepada rakan kita tentang
berpuasa agar mereka memahami apa itu berpuasa bagi umat Islam dan
mereka boleh menghormati kita sewaktu kita berpuasa umpamanya mereka
tidak akan makan minum di hadapan kita. Adakah kita perlu paksa kawan
kita bukan Islam ini untuk berpuasa?
Apa pun, benarkah Umno ikhlas dengan hukum Allah ini? Jika hukum
menutup aurat pun pemimpin Umno gagal mahu perintahkan kepada isteri
masing-masing, lojik kah pada akal pemimpin Umno mahu laksanakan
Hudud? Ini semua politik Umno yang mahu menjual agama semata-mata
takut akan kebangkitan PAS di Johor, itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment