Oleh SELENA TAY
Sehingga kini, pemimpin Umno masih belum lagi cukup berani mengambil tindakan untuk menegur rakan karib mereka, iaitu MCA terutama Presidennya, Chua Soi Lek yang sering memperlekehkan ugama Islam.
Pemimpin
Umno hanya sibuk menguar-uarkan jika Pakatan Rakyat menang Pilihanraya
Umum Yang Ke-13 (PRU13), kedudukan orang Melayu akan tergugat.
Manakala
pemimpin MCA pula sentiasa memberi amaran kepada masyarakat Cina bahawa
jika Pakatan Rakyat menang PRU13, orang PAS akan menjadi Perdana
Menteri.
Apakah yang sudah terjadi kepada
kedua-dua parti ini sehingga mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yang
bercanggah? Ini bererti mereka pikir bahawa rakyat Malaysia adalah cukup
bodoh dan tidak membuat perbandingan diantara kenyataan-kenyataan yang
dikeluarkan oleh mereka. Agak malang untuk rakyat Malaysia kerana masih
terdapat pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.
Selain dari itu, ada pemimpin yang juga kurang faham ilmu matematik mengenai kerusi-kerusi PAS dan DAP. Andaikan jika:
PAS menang semua 80 buah kerusi campur
DAP menang semua 50 buah kerusi
Jumlah 130 buah kerusi
Ini
bererti jika semua orang Melayu mengundi PAS, situasi yang digambarkan
diatas akan menjadi kenyataan dan PAS sudah pun boleh membentuk Kerajaan
Pusat. Itupun belum mengambil kira kerusi yang bakal dimenangi oleh
KeADILan lagi. Tetapi ingat, andaian diatas hanya akan menjadi kenyataan
jika semua orang Melayu mengundi PAS.
Sementara
itu, penulis sedang menunggu untuk tengok samada pemimpin Umno berani
menegur atau memarahi pemimpin MCA ataupun tidak. Jangan sampai seperti
menunggu kucing bertanduk pula. Aduh!
No comments:
Post a Comment