Monday, July 23, 2012

Menteri Umno Ditangkap Kerana Rupanya Komunis.


TUKANGLAWANG.BLOGSPOT

Puak Umno dan kuncu-kuncunya sibuk menggunakan SB untuk menakutkan rakyat lagi.

Semua dah tahu ia merupakan taktik terdesak umno untuk menang pilihanraya yang akan datang, jika dulu taktik melaga-lagakan satu kaum dengan kaum yang laian diguna pakai, jika tidak berjaya taktik biasa permusuhan agama digunakan, pun jika tidak berjaya Raja pula diusung ke lembah hina fitnah dan jahat umno.

Tapi rakyat hari ini dah bijak, ini zaman internet, maklumat pantas.

Ini zaman melayu tidak lagi bercampur hanya dengan melayu, cina kini duduk satu meja dengan melayu dan india, gelak ketawa dan kutuk mengutuk dah tak lagi simpan dalam hati, jadi taktik busuk dan jahat umno tak boleh pakai lagi, sudah tak laku.

Maka cara baru dibuat, apa lagi selain menakut-nakutkan rakyat, kata mereka habislah jika Pakatan Memerintah, Jemaah Islamiah nak serap dalam PAS, taliban, yale.. yale.. nanti potong tangan...

Komunis pun jadi cerita hangat, kata mereka DAP mahu diserapi oleh komunis, semua orang nanti kene duduk dalam hutan dan pegang senjata.

Tak payah la bodoh sangat, Negara komunis Russia pun dah tumbang , dah maju sekarang, negara komunis cina pun dah bukak pasaran , mitos komunis yang nak diguna pakai buat rakyat gelak.

Tapi umno tak sedar, SB pulak lupa sejarah... Komunis bukan dah menyerap dalam umno ke? lama dulu. dan bukan Khairy nak jalin kerjasama dengan Komunis ke ( baca sini)

Jadi siapa yang komunis, Umno ke Pakatan Rakyat?

Jawapannya mudah, otak karat umno masih komunis. sekarang zaman global, cuba la orang umno ni jangan bodoh sangat. puiii

Ni bukti Menteri umno dulu diresapi komunis. puak umno sila komen kalau berani.

No comments: