Thursday, July 26, 2012

Lelong Tanah Tabung Amanah Warisan ; Bukti Umno-BN Terengganu Khianat

Wartawan Buletin


KEMAMAN – Kerajaan Umno dan Barian Nasional (BN) yang diberi mandat melindungi kepentingan rakyat, khususnya orang-orang Melayu, tidak mampu memikul malah gagal melaksanakan amanah tersebut.

Menurut seorang ahli perniagaan, Haji Zulkifli Mat Yakim, kerajaan Terengganu khususnya Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said tidak ambil peduli hak rakyat sehingga tanah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) ‘terlelong’.

Katanya, Ahmad Said selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman sepatutnya malu apabila tanah tersebut dilelong dengan harga rezab RM5.5 juta telah disambut oleh seorang bukan Melayu dan bukan anak negeri Terengganu.

“Ahmad Said orang Kemaman, tanah tu di Kerteh dalam kawasannya, sepatutnya dia malu kerana selaku MB (Menteri Besar) dia tidak mampu selamatkan tanah rakyat,

“pada masa yang sama ratusan juta ringgit di habiskan buat zoo dan bina bandar baru di Kijal, sedang tanah milik rakyat itu dilelong RM5.5 juta,”ujar Haji Zul.

Beliau melihat secara keseluruhan ‘rentak’ pentadbiran kerajaan Umno-BN begitu sumbang apabila keputusan yang melibatkan pelaburan wang negeri Terengganu di urus tadbir dengan baik.

Menurutnya, pembinaan Bandar Baru Kerteh Jaya yang dibuat atas tanah LTAWNT itu pada zaman mantan MB Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak dibuat kajian secara teliti.

Katanya, kawasan tersebut  tidak dibangunkan dengan infrastruktur tidak mencukupi menyebabkan rumah-tumah yang dibina tidak laku dijual.

“Kawasan tersebut rendah, sering berlaku banjir, kerajaan tak buat infra yang mencukupi, tak buat saliran, macamana orang nak beli rumah duk dalam ‘rok’,

“lepas tu apabila projek ini terbengkalai, ada masalah sana sini, hutang dengan bank, kerajaan tak cakna, akhirnya kena lelong,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan tanah tersebut di Jalan Batu Putih, dekat lapangan terbang Kerteh, disini kelmarin 23 Julai. (Gambar)

No comments: