Editor Buletin
Pembinaan
Jalan baru yang dibuat dari Kampung Belao sejauh 10 km ke Gunung Bongsu
telah melibatkan dan 'merampas' tanah yang diteroka oleh seramai 20
orang penduduk sekitar kawasan tersebut.
Pak Da Kori kesal kerana sebanyak 1350 pohon, pokok getah berumur 3
tahun di cabut tanpa apa-apa bayaran. Sudah lama beliau memohon tanah
tersebut tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan.
Manakala Zaharah
Che Amah, melibatkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar dan sebuah rumah
yang dibeli daripada penduduk tempatan beberapa tahun dulu dengan harga
RM30,000.00, diambil tanpa apa-apa bayaran.
Walaupun tanpa
geran, sepatutnya kerajaan membayar kerugian yang terpaksa ditanggung
oleh penduduk tersebut yang melibatkan jumlah yang banyak. Cuba
bayangkan harga anak getah sekarang RM5 sepokok. Kalau 1350 pokok
harganya RM6750. Ini tidak termasuk harga baja, racun dan upah selama 3
tahun tersebut.
Begitu
juga Zaharah, yang telah mendiami rumah dan menduduki tanah tersebut
lebih 20 tahun terpaksa mencari rumah untuk disewa kerana tidak
mempunyai tanah untuk dijadikan tempat tinggal.
Tindakan kerajaan tidak menggambarkan slogan yang digembar gemburkan Rakyat didahulukan sebaliknya rakyat yang kena dahulu.
Sepatutnya
kerajaan tidak bertindak zalim kepada orang-orang Melayu yang tidak
bertanah sebaliknya dalam melaksanakan pembangunan harus mengambil kira
nasib rakyat sekeliling.
Ini bukan pertama kali kali kerana
sebelum ini berpuloh-puloh rakyat di Hulu Besut terpaksa menanggung
kerugian beratus ribu ringgit apabila kerajaan membina ampangan Paya
Beda di Kampung Padang Bual Hulu Besut.
Beribu-ribu tanaman
penduduk dimusnahkan tanpa apa pampas an sehingga ke hari ini. Walaupun
sebelum ini ada bancian dibuat pihak tertentu tetapi penduduk masih
menunggu bayaran yang tak tahu bila akan dapat.
Sikap kerajaan
Umno-BN yang tidak kasihan kepada rakyat sendiri menunjukkan mereka
mementingkan politik semata-mata apabila hampir pilihanraya.
Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah)
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut
Merangkap Timbalan Yang DiPertua PAS Besut
No comments:
Post a Comment