Kementerian
Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada
mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang
membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan
haram.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.
"Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.- Bernama

No comments:
Post a Comment