Thursday, July 26, 2012

Isu Talam : Kerajaan Umno-BN Yang Terlebih Bayar RM 1.8 Juta





SHAH ALAM : Kenyataan Ketua Biro Pemuda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa Kerajaan Negeri terlebih bayar RM1.8 juta melalui pembelian unit pejabat daripada Talam Corporation (Talam) ternyata merepek dan melulu.

Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco sebentar tadi sebaliknya mendakwa segala urusniaga pembelian itu dilakukan ketika Selangor ditadbir di bawah Kerajaan BN.

“Nampaknya beliau tidak mengkaji dahulu latar belakang urusniaga tersebut yang ditandatangani pada 12 Januari 2006 iaitu sewaktu pemerintahan BN,” jelasnya.

Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) dan Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) menyertai satu perjanjian penyelesaian dengan Maxisegar Construction Sdn Bhd yang pada waktu itu berhutang dengan Unisel.

Perjanjian pertama yang bertarikh 29 Julai 2005 melibatkan penjualan tanah seluas 1,715.9 ekar di Bestari Jaya pada harga RM 80, 000 seekar.

Surat bertarikh 10 Januari 2006 pula bersetuju untuk menyerahkan lima unit Menara Pandan – Pandan Indah pada nilai RM 2.7 juta yang ditandatangani pada Januari 2006.

Penyelesaian susulan ditandatangani pada 8 Mac 2007 untuk memanjangkan perjanjian sebelumnya selain menyerahkan 12 ekar tanah di Puncak Jalil pada harga RM 11 juta, 400 ekar tanah di Ulu Yam pada harga RM 27.2 juta selain tambahan 538.96 ekar di Bestari Jaya pada harga RM 43.117 juta.

Unisel dan KDEB setuju dengan penyelesaian tersebut kerana Maxisegar pada waktu itu di bawah petisyen ancaman dan perjanjian itu juga diterima oleh mahkamah di bawah Perintah Menghalang S17.

“Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, kami terpaksa mematuhi perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan terdahulu yang diluluskan oleh mahkamah,” tambah Teresa.

No comments: