Editor Buletin
KUALA TERENGGANU
– Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Siti Zailah Yusof yang juga
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, pernah mendedahkan beberapa
‘kekacauan sosial’ dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah
Malaysia, masakini.
Angka Anak Luar Nikah Menakutkan
Selain ketirisan dana kerajaan, katanya, gejala rasuah dan jenayah kezaliman semakin menjadi-jadi.
Pada
bulan Mac tahun ini, beliau meminta Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak
luar nikah di seluruh Negara.
Jawapan yang diterima adalah angka yang sangat menggerunkan!
Parlimen
Malaysia diberitahu bahawa seramai 250,204 anak luar nikah bermula dari
2007 hingga 2011, dengan perangkaan seperti berikut;
2007 seramai 44,234 orang
2008 seramai 46,822 orang
2009 seramai 52,378 orang
2010 seramai 52,982 orang
2011seramai 53,788 orang.
Kadar Jenayah Tetap Tinggi
Menurut
laporan Pemandu, kadar jenayah Malaysia semakin tinggi dengan indeks
keseluruhannya telah meningkat daripada 746 kes jenayah yang dilapor
bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006 menjadi 767 pada 2007, iaitu
suatu kenaikan hampir 3%.
Walaupun kadar jenayah dilaporkan
telah menurun, bilangannya tetap puluhan ribu. Contohnya, bilangan
jenayah pada tahun 2010 adalah 24,837 kes manakala pada tahun 2011 iaitu
22,929 kes . Ia Memang berkurangan, tapi masih wujud. Jadi tak hairan
kalau anda masih mendengar berita tentang berlakunya jenayah.
Walaupun
kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini
berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara
(KPN), Tan Sri Musa Hassan bahawa ia sedang meningkat.
Beliau
mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan
meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang
ramai.
“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu
saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut
tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa kepada sebuah akhbar
online.
Rasuah Semakin Meningkat
Banyaknya
laporan yang menjelaskan, kadar perlakuan rasuah meningkat di negara
ini, menunjukkan juga secara perbandingan bahawa kadar jenayah
meningkat.
Rasuah adalah jenayah yang menurut Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama;
Meminta/Menerima Rasuah, Menawar/Memberi Rasuah, Membuat Tuntutan Palsu
dan Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Menurut Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Sutinah Sutan, Gejala pengambilan rasuah yang berlaku di negara
ini menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion pada
tahun 2010.
Katanya,
meskipun kajian daripada Bank Dunia itu tidak dapat disahkan sumbernya,
usaha keras perlu dilakukan bagi menangani gejala itu.
"Jika dilihat
daripada RM1 bilion sahaja, kita boleh membina 90 buah sekolah rendah
atau 500 buah jambatan, 667 kilometer jalan luar bandar atau 6,667
kilometer jalan kampung.
"Namun rasuah menyebabkan negara kita
mengalami kerugian besar. Atas sebab itu, kita perlu mencegah rasuah dan
tidak mahu wang rasuah mengalir keluar," katanya ketika menyampaikan
ceramah pada majlis pelancaran Hari Integriti Universiti Malaysia Sabah
(UMS) 2011 di Dewan Resital pada 1 Mac 2011.
SPRM dalam satu
kenyataan media 13 Januari 2012 menjelaskan bahawa sejak dinaikkan taraf
pada 2009, kadar pendakwaan kes adalah 74 peratus pada 2011, berbanding
71 peratus pada tahun 2010 dan 54 peratus pada 2009.
Kenyataan
tersebut menunjukkan arah menaik, yang membawa makna bahawa kejadian
rasuah semakin meningkat kerana sekiranya rasuah menurun, maka pastinya
pendakwaan kes juga menurun.
Laporan Transparency International
berkait Indeks Persepsi Rasuah menunjukkakan kedudukan rasuah Malaysia
di peringkat antarabangsa semakin merudum.
Pada tahun 2006
kedudukan Malaysia pada tangga 43 daripada 163 negara dunia dan pada
tahun 2007 Malaysia pada tangga 43 daripada 179 negara.
Pada
tahun 2008 kedudukan Malaysia pada tangga 47 daripada 180 negara dunia
dan pada tahun 2009 Malaysia pada tangga 56 daripada 180 negara.
(Bersambung ........)
10 comments:
ambil langkah yang berkesan dalam tangani semua isu ini.
Rasuah perlu dibanteras habis2an sebelum negara mengalami kemusnahan.
Kalau kita lihat pun dimana kes HIV/AIDS paling tinggi di Malaysia. Cuba teka?!
Gejala sosial ni perlu ditangani dengan bijak
Pihak yang berkuasa perlu bertindak dengan pantas.
Police are raising the standard of investigation and strengthening the prosecution process to change public perception on the force. Bukit Aman Crime Investigation Department director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said it was also in line with the government’s vision to fight crime in the country. The police department has set up a school, Sekolah Bukit Sentosa in Kuala Lumpur, that specialises in crime investigating, to train police personnel specially on aspects of managing crime investigations.It is also part of an effort to enhance the status of the police profession, which used to be the last choice of job seekers, to become the number one choice in the future.
Speaking to reporters after launching a seminar on investigation and prosecution pertaining to new laws here, Bakri said they were serious in improving the standard of investigation, stressing that those who did not meet the requirement would be transferred to other departments. Even the qualifications have gone up from just a Sijil Pelajaran Malaysia for a police inspector post before to at least a degree today, while for the lower ranks, such as sergeant, one would require to possess at least a diploma. Today, there are a lot of PhD holders applying to join the police force. But qualification alone is not a guarantee Therefore there is a need to them up on the management of investigations.
Bakri added that training did not only mean inviting experts from abroad to share their knowledge with the counterparts here, but also included sending police officers and personnel for training overseas. The seminar aims at exposing CIDs to new laws passed in parliament. In fact, The standards are very high but therefore the police have to equip themselves too as they have to face lawyers who have the same qualifications and are good at certain issues. He also said that the police force was going all out to combat crime to enhance public safety and to maintain law and order in the country.
It is not only the CID which was involved in the prevention of crime but the whole police force throughout the country. The public must trust the police.Bakri stressed that public safety is their priority. Like in the case of Sabah, even the General Operations Force personnel go to the ground to help combat crime, particularly in major towns. Bakri believes that with the concerted efforts, including cooperation from the public, the police will be able to reduce crime rates, and for Sabah, the crime rates keep going dow which Bakri noted as a good indicator.
Bakri said it was not right for the people to depend too much on the police, adding that individuals should play their part to avoid being careless and fall victims to crime. Some of the crimes are caused by our own weaknesses and mistakes. Today, even one case could cause havoc, but it does not represent the crime rate as a whole. So the people should work closely with the force to prevent crime from happening. Touching on the Sabah crime index, State Police Commissioner Datuk Hamza Taib disclosed that they had exceeded the national target. Between the first seven months of this year, the Sabah police have successfully reduced the crime index by 11.4 per cent, compared to the national target of five per cent; street crime by 55.04 per cent (national 45 per cent) and charging rate of 28.71 per cent (national 25 per cent).
Post a Comment