MALAYSIA KINI
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk
membincangkan isu Selangor kerana ketika menjadi menteri besar Johor,
beliau telah menjadikan tarif air di negeri itu antara yang tertinggi di
negara ini, dakwa ahli exco Selangor, Elizabeth Wong.Kerana itu, Wong (kanan) berhujah bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya mempengerusikan jawatankuasa khas kabinet mengenai perkara itu.
"Sebenarnya (timbalan perdana menteri) tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air," kata Wong dalam satu kenyataan semalam.
Wong menambah bahawa Johor mempunyai tarif air yang tertinggi di negeri ini.
"Rakyat Johor berdepan dengan tarif air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.
No comments:
Post a Comment