JASIN DAILY
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN
di negeri itu mengumumkan akan keluar parti. Menurutnya, tindakan itu
dibuat secara rasmi hujung Julai ini.
“Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri
William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala
Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.
“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31
Julai).
Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan
saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa
boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.
Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing
turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen
Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.
Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan
kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN,
beliau berkata:
“Manfaat apa?
Kepada saya?
Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.
“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang,
jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.
Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan
kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP
pada 2003.
DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum
Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.~Idaman
No comments:
Post a Comment