Sabah, secara rasminya negeri di bawah bayu, juga ada nama lain dalam tahun-tahun ini. Sejak Umno mengambil alih kerajaan negeri pada 1994, ia juga dikenali sebagai negeri di bawah penjajahan Malaya atau negeri di bawah koloni Malaya- dengan sebab yang tertentu.
Satu lagi skandal yang terbit adalah fungsi atau ‘ketiadaan fungsi’ Felda atau Federal Land Devepoment Authority di negeri itu.
Pihak berkuasa itu memiliki lebih kurang satu per tiga daripada sejuta ekar atau lebih tepat, 306 000 ekar tanah di Sabah seraya menyalahi perlembagaan negeri, Gabenor dan kerajaan negeri dan juga konsep sebenar Persekutuan.
Kepura-puraan
Felda memasuki negeri itu pada tahun 1979 dengan berpura-pura atau dengan perjanjian yang tidak pernah ditepatinya. Tiada tanda-tanda bahawa agensi persekutuan itu akan menyerahkan tanah itu semula kepada kerajaan negeri.
Bagi memburukkan lagi keadaan, sebahagian besar tanah yang diambil mereka adalah tanah NCR (rizab peribumi) yang sepatutnya diturunkan kepada anak cucu pemilik asal. Dengan itu, penaklukan tanah di Sabah oleh Felda juga melanggar Adat, Perlembagaan pertama yang diperakui oleh perjanjian Malaysia, 1963, kerajaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
Trajedi Sabah bermula semasa Kerajaan Berjaya, di bawah Ketua Menteri Mohd Harris Salleh (1976-1985) yang sebenarnya dipimpin oleh Kerajaan Persekutuan.
Felda Sabah adalah jenayah paling teruk dilakukan oleh Kerajaan Persekutan terhadap Sabah bersama dengan membenarkan pendatang asing membanjiri negeri itu, pencurian minyak dan gas dan ketidakakuran terhadap Perjanjian Malaysia 1963.
Komplot keji terhadap rakyat Sabah ini bermula pada 1976, sejurus selepas kemalangan trajik pada 6 Jun dimana kapal terbang terhempas membawa Ketua Menteri Donald Aloysius Marmaduke Stephens @ Mohd Fuad Stephens, anak beliau, tiga orang menteri kabinet kerajaan negeri, seorang timbalan menteri dan lima yang lain di sepanjang pantai Sembulan, Kota Kinabalu.
Sejurus pemergian Stephens
Stephens, Huguan Siou ( Ketua Penghulu) kepada kaum peribumi berketurunan British –Kadazan di sebelah ayahnya dan British- Jepun di sebelah ibunya.
Harris, yang pada ketika itu adalah Timbalan Ketua Menteri dengan sedih pilu telah mengambil alih jawatan Ketua Menteri dengan segera dan dalam masa beberapa hari telah menandatangani penyerahan mutlak minyak dan gas negeri tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. Stephens sebelum itu enggan menandatanganinya dan sekiranya ia tidak dapat dielak, mahukan 30% royalti kemuadian sekurang-kurangnya 20%. Harris telah dipaksa bersetuju dengan 5% yang ditawarkan kerajaan Persekutuan.
Jauh dari perhatian pula adalah agenda Felda untuk mencuri tanah di Sabah secara besar-besaran pada tahun 1979.
Dengan perjanjian bersama kerajaan negeri pada tahun itu, Felda berjanji akan membangunkan skim tanah penduduk di Sabah untuk rakyat tempatan, bukan pendatang asing seperti yang berlaku kini. Sebagai pulangan, kerajaan negeri Sabah telah mengadakan 200 000 ekar tanah di Kinabatangan, kemudian 50 000 ekar di Kinabatangan/Lahad Datu dan akhirnya 56,000 ekar di kawasan yang sama.
Kurang daripada 7% dibangunkan
Agensi tersebut, menurut peguam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kong Hong Ming yang sedang menyiasat Felda Sabah menganggarkan kurang 7% tanah tersebut dibangunkan iaitu tanah yang diserahkan kepadanya untuk 1500 penduduk dengan setiapnya sepatutnya mendapat 14 ekar.
Pada tahun 1990, Felda Sabah telah melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri kerana kerajaan Persekutuan telah menjimatkan dana untuk memberikan infrastruktur asas dan kemudahan kepada skim tanah. Pada masa itu, kerajaan Berjaya telah pun dijatuhkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).
Agensi itu bukan sahaja melanggar perjanjian tetapi enggan menyerahkan tanah yang belum dibangunkan kepada kerajaan negeri dan mengagihkannya semula kepada pemilik asal. Apalagi ketika itu PBS diketuai oleh seorang peribumi beragama Kristian yang juga Ketua Menteri Joesph Pairin Kitingan. Beliau juga mengeluarkan partinya daripada BN pada tahun yang sama.
Berdasarkan perjanjian 1979, Felda telah bersetuju untuk menwujudkan Komiti Pemilihan yang menguruskan pemilihan dan perlantikan penduduk untuk skim pendudukan. Felda harus melantik sekurang-kurangnya dua ahli yang mewakili Kerajaan Negeri Sabah sebagai ahli Komiti Pemilihan ini yang terdiri daripada empat ahli dengan ahli dari Felda sebagai pengerusi.
Felda juga berjanji bahawa penduduk yang dipilih oleh Komiti akan berhak untuk turut serta dalam pembangunan dan penyelenggaraan tanah yang telah ditentukan dan berdasarkan bayaran gaji juga dividen. Felda perlu menyediakan plot rumah kepada setiap penduduk dan keluarga mereka besama rumah persendirian dibina di atasnya di kawasan rumah dalam skim tanah tersebut.
Tetapi, setelah mengenepikan perjanjian 1979, Felda telah seolah-olah mewujudkan kawasan tanah persekutuan tidak rasmi di Sabah dengan mewujudkan badan keselamatan yang mengawal pergerakan keluar masuk dari tanah tersebut dan menyingkirkan beribu-ribu rakyat peribumi yang miskin di negeri itu yang sebelum ini menyimpan harapan untuk kehidupan yang lebih baik.
WP Sabah bukan Felda Sabah
Kawasan “Wilayah Persekutuan’ yang ditadbir Felda ini mempunyai stesen janakuasa dan bekalan air bersih mereka sendiri; yang peliknya, kampung-kampung berhampiran masih hidup dalam kegelapan dan terpaksa mendapatkan bekalan air di sungai berhampiran bagi bekalan air harian seperti membasuh pakaian, ,masak, mandi dan sebagainya.
Felda telah membangunkan tanah di Sabah dengan sendirinya dan menjadikan ia sebuah kawasan tanaman kelapa sawit yang luas tanpa melibatkan pemilik sebenar tanah ini. Cuba teka siapakah yang bekerja di estet-estet besar ini? Ya, sudah pastilah pendatang asing yang boleh keluar masuk ‘Wilayah Persekutuan Felda’ dengan mudah.
Ibu negeri kepada ‘Wilayah Persekutuan Felda’ ini yang bergandingan dengan kawasan perbandaran yang dipenuhi pendatang asing ini adalah kawasan Lahad Datu. Di sini, anda pasti tidak menyangka ia masih lagi negeri Sabah.
Pembangkang di Sabah telah menggesa agar menamatkan perjanjian 1979 dengan Felda dengan memetik bahawa Felda telah melanggar perjanjian tersebut.
Perjanjian lain yang sedang diteliti oleh pembangkang adalah Perjanjian Minyak 1976 di antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan dan penyerahan Labuan kepada kerajaan Persekutuan dan juga Perjanjian Malaysia, 1963 yang juga terdapat unsur pelanggaran perjanjian.
Yang peliknya, kerajaan negeri tidak mempunyai salinan perjanjian Minyak 1976 dan satu teori kita adalah ia sebenarnya tidak pernah wujud. Ini sudah pasti akan membongkarkan banyak lagi penipuan dan rompakan terhadap rakyat Sabah. Malaysia Chronicle
6 comments:
macam2 isu timbul di Sabah, ia perlu diselesaikan kerana ia boleh memberi kesan terhdap keputusan PRU di Sabah.
Felda seharusnya tidak melanggar perjanjian yang telah dibuat. tindakan ini sudah lari dari tujuan sebenar mereka berada di Sabah.
Mengenai nahas udara yang berlaku terhadap pemimpin Sabah itu mungkin sesuatu yang tidak dapat diduga.
Hormat perjanjian asal kerana itu objektif sebenar. Persoalan atau rasa tidak puas hati tidak akan timbul jika semuanya dilakukan seperti yang telah dirancang.
sebelum menyalahkan felda kerana menggaji pekerja asing, tanya dulu rakyat Sabah, adakah mereka sanggup bekerja diladang sawit sebagai buruh kasar??
apa yang kejam sangat felda lakukan di negeri ini?? adakah felda membunuh rakyat Sabah?? datang la sendiri untuk melihat keadaan warga felda di lahad datu.. lihat dengan mata sendiri pembangunan yang dibawa oleh felda di kawasan itu..
Post a Comment