Sunday, September 4, 2011

MAT INDERA : Mat Sabu bakal dapat projek bekal gari dari PDRM?

Oleh: tokpepijat


" Setahun dua dahulu,kecoh seluruh Malaysia tentang seorang budak Cina yang belajar di Taiwan "menghina" lagu Negaraku. Juak-juak UMNO berduyun-duyun serta berbondong-bondong buat demo, sidang media dan berkunjung ke Balai Polis buat laporan.

Masa itu, barangkali jika budak Cina itu zahirkan dirinya di khalayak ramai mungkin sudah di "tko" oleh PEKIDA !

Akhirnya kesudahan "episod" itu ditamatkan dengan mulut budak Cina itu ditutup dengan pemberian geran RM untuk budak Cina itu buat filem oleh Kementerian Rais Yatim.

Apa motifnya dan muslihatnya? Hanya Si Pembakar Jambatan boleh menjawabnya. Barangkali untuk tutup mulut budak Cina itu daripada terus "hidup"kan cerita ciplak lagu Negaraku (Terang Bulan).

Bahayanya isu ciplak Negaraku terus berkumandang kerana ianya lagu ciplak dan lagu asanya pula ada perkataan "BULAN". Satu nama yang amat sensitif dengan UMNO! Terang Bulan bermakna bulan dalam keadaan PURNAMA !

Apabila Mat Sabu timbulkan isu Mat Indera, seperti isu Negaraku juga maka juak-juak UMNO pun mengulangi "feel" mereka iaitu mengunjungi Balai Polis, demo dan sidang media.

Tetapi UMNO lupa disebalik isu Mat Indera, ribuan anak muda yang celik sejarah dan IT siang malam cari di Goggle Web untuk mencari siapakah sebenarnya Mat Indera itu. Akhirnya mereka dapat 2 isi penting tentang isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu iaitu :

i) Mat Indera seorang hafiz Al Quran. Bapanya bekerja dengan Sultan Johor. ii) Polis yang berkhidmat di Balai Bukit Kepong bukan PDRM tetapi PDQ ( Polis Diraja Queen). Polis Penjajah.

Maka kelam kabut pula UMNO cari jalan untuk tutup mulut Mat Sabu.

Jika budak Cina ditutup mulut oleh Sang Pembakar Jambatan dengan pemberian geran buat filem, bagaimana untuk tutup mulut Mat Sabu?

Barangkali Sang Mulut Besar( sepupu Najib) boleh bagi kontrak membekalkan gari kepada Abang Mat kita!

Tapi awas Abang Mat! Gari antara ribuan gari yang dibekalkan oleh Abang Mat bakal dipakai oleh hang"

No comments: