Oleh SALMIYAH HARUN
KERAJAAN Umno-BN selalu mengatakan, jika mereka tidak adil dan bersih dalam pilihan raya masakan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008.
Itulah jawapan klise daripada pimpinan Umno-BN apabila Pakatan Rakyat mengasak mereka bahawa sistem pilihan raya negara ini masih lagi kotor, bukan kerana kelemahan SPR sahaja bahkan terlalu banyak amalan penyalahgunaan kuasa oleh Umno-BN.
Amalan tidak adil itu sering diulangi Umno-BN sejak 50 tahun yang lalu, antara yang paling ketara menyalahgunakan agensi kerajaan seperti polis, tentera, jabatan, media terutama RTM, dan apa sahaja milik kerajaan daripada hasil wang rakyat.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli mengakui penyalahgunaan kerajaan Umno-BN terhadap agensi milik kerajaan teramat ketara termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya dinobatkan sebagai badan yang bebas.
Bebaskan agensi kerajaan dari cengkaman Umno-BN Sikap berpihak agensi kerajaan terhadap Umno-BN menaikkan kemarahan rakyat mutakhir ini.
Bagi Hatta, untuk mengatasi masalah ini perlu diwujudkan satu suruhanjaya yang berkuasa bebas memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Umno-BN.
“Dan suruhanjaya ini mesti diberikan kuasa yang diperlukan untuk bertindak. Kalau macam hari ini, SPR mengatakan dia tidak ada kuasa seperti mengawal media dan menghalang menterimenteri guna jentera kerajaan semasa berkempen. Jadi SPR kata dia tidak ada kuasa! “Yang penting satu suruhanjaya yang diberikan kuasa dan betul-betul bertindak secara bebas,” tegas beliau.
Apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubar, tidak ada “kerajaan” yang memerintah sepanjang tempoh kempen pilihan raya sehingga selepas proses pengundian berakhir. Tetapi di Malaysia, kerajaan BN terus memerintah dan menyalahgunakan kuasa “sementara” (caretaker) untuk berkempen. Sehinggakan pemimpin-pemimpin Umno-BN menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri, menteri, ketua menteri, menteri besar, timbalan menteri, setiausaha parlimen, exco-exco negeri yang semuanya bertaraf ‘caretaker’ untuk mengumumkan projek pembangunan serta meluluskan projek sewaktu berkempen.
Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook mengakui perkara itu sedang diamalkan oleh Umno-BN sejak 50 tahun lebih dan mungkin perkara itu terjadi kerana Umno-BN merasakan merekalah yang akan memerintah negara ini selamanya.
Katanya, perlu ada reformasi dalam sistem pilihan raya selain perlu ada definisi yang jelas terhadap peranan ‘caretaker government’.
Reformasi sistem pilihan raya, katanya bukan sahaja mahu menuntut pilihan raya yang lebih bersih dari segi daftar pemilih, dakwat kekal dan sebagainya tetapi juga satu reformasi yang menyeluruh termasuklah penggunaan dan akses kepada media oleh pembangkang.
Tidak kurang hebatnya juga agensi-agensi penyiaran milik kerajaan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan secara terang-terangan berkempen untuk BN dan menghentam parti-parti lain yang bertanding, dalam masa yang sama hanya BN diberi ruang untuk media massa.
Melihat kekangan ini, Naib Presiden KeADILan, Tian Chua menyalahkan agensi bebas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang langsung tidak ada apa-apa tindakan terhadap penyalahgunaan agensi kerajaan oleh Umno-BN. Malah katanya, pihak Pakatan Rakyat tidak pernah putus menyuarakan bantahan terhadap penyalahgunaan kerajaan Umno-BN itu malangnya SPRM tidak berani bertindak.
“Saya tidak nampak ada apa-apa saluran yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah ini kerana membabitkan institusi kerajaan,” katanya. AJK Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah percaya amalan yang sekian lama dilakukan oleh Umno-BN ini akan terus dilakukan tanpa rasa bersalah dalam PRU akan datang.
“Sebagai agensi kerajaan mereka seharusnya menjalan tugas sebagai badan milik kerajaan bukannya milik parti, di mana akhirnya parti pemerintah mengambil kesempatan ke
No comments:
Post a Comment