PENDUDUK Kampung Taviu Masumbak kira-kira 16 kiolometer dari Pekan Telupid mendesak kepada Ahli Parlimen Beluran dan ADUN Labuk agar segera menaik taraf jalan sejauh 3 kilometer dari persimpangan Jalan Besar bagi memudahkan penduduk setempat membawa keluar hasil pertanian mereka.
Timbalan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO Kampung Taviu, Luko Gonbud dalam kenyataan kepada Sabahkini.net kelmarin, menjelaskan bahawa jalan tersebut sebenarnya sudah dinaiktaraf pada 26 Oktober 2009 oleh Mirfen Enterprise menerusi ‘Projek RM 1 Billion’ tetapi kerja-kerja pelaksanaan naik taraf tersebut sangat tidak memuaskan.
Jalan sejauh 3 kilometer itu, kata Luko, sepatutnya disimen atau bubuh dengan batu kelikir dan bukannya menggunakan batu batan yang diambil dari sungai berhampiran.
GAMBAR :BUKTI....Inilah papan tanda peninggalan kontraktor terdahulu yang membuktikan tender dipanggil tetapi kerja sambil lewa, sebaliknya bayaran penuh telah dibuat.
“Kita dapati Mirfen Enterprise telah sub pajak kontrak tersebut kepada kontraktor lain semata-mata mahu mencari keuntungan segera, tetapi dari segi pelaksanaannya, tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata Luko lagi.
Selaku Ketua Cawangan UMNO Kg Taviu, Luko merminta jasa baik ADUN Sugut dan Ahli Parlimen Beluran agar dapat menyalurkan semula projek naik taraf untuk membaiki jalan gravel yang semakin teruk itu demi keselesaan penduduk setempat.
“Saya percaya dengan adanya projek yang disalurkan ke kampung ini akan menggembirakan 350 orang penduduk kampung dan berharap mereka kembali memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional,” ujar Luko yang menjelaskan beliau tidak dapat mematahkan serangan pembangkang berhubung isu ini.
Thursday, June 2, 2011
Kualiti Projek RM1 Bilion Disangsi?
SABAH DAILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment