Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS: "Polis boleh lihat siapakah yang biadap dan tidak menghiraukan keamanan dan kedamaian sebaliknya bersikap kasar, hiruk pikuk, bising dan samseng," kata Ketua Penerangan PAS Kepala Batas, Othman Ayob. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian penyokong Umno cuba mencetuskan kekecohan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas semalam untuk menghalang 30 keluarga mangsa tangkapan di Tol Sungai Dua berkampung di situ sebagai protes. Katanya, jika tidak kawalan pihak polis sendiri pasti Umno dan Perkasa bertindak kasar dengan niat mahu mencetuskan provokasi supaya himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dibatalkan. Padahal, katanya keluarga mangsa tahanan itu bukan mengadakan demontrasi, berpekik dan berteriak mengatakan sesuatu kepada polis tetapi hanya duduk berhampiran perhentian bas dengan menanti pemasangan khemah yang disediakan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kepala Batas. "Kenapa Umno tiba-tiba datang seramai 300 orang buat bising dengan keadaan samseng, seolah-olah Malaysia ini mereka yang punya. “Mereka patut merasai kehairanan kenapa polis bertindak begitu terhadap rombongan yang menaiki bas yang hanya datang untuk menghadiri program parti," jelasnya. Baginya, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap beberapa orang Umno yang memekik dengan kata-kata perkauman, bukannya mendesak keluarga mangsa tahanan bersurai. “Mujurlah keluarga mangsa dan ahli parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat tidak melatah atau bertindak melawan sebaliknya berdiam diri sambil melihat telatah Umno,” katanya. Akhirnya, ujar beliau hasil campur tangan Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim yang berbincang dengan pihak polis keluarga mangsa dibawa ke Markas Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu untuk bermalam di situ. |
Wednesday, June 29, 2011
Umno buat kecoh di hadapan IPD Kepala Batas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment