Harakahdaily |
TANAH MERAH: Jangan terkejut apabila mana-mana media yang dekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) meratibkan kalimah ‘tiada perubahan’ di Kelantan sejak 21 tahun di bawah PAS. Kalimah itu juga diulang semula wartawan sebuah stesen penyiaran apabila melaporkan mengenai isu kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat di Air Piau 1 dan 2 Tanah Merah. Namun malangnya dakwaan yang disiarkan melalui berita jam 8 malam itu tidak memaparkan sebarang dokumen untuk menyokong dakwaan kumpulan penduduk terbabit pernah memiliki tanah di Air Piau. Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu seorang lelaki yang disyaki mengetuai sekumpulan penduduk menuntut hak ke atas tanah berkenaan bukan orang tempatan. Katanya, lelaki terbabit berasal dari Johor dan tinggal di Kota Bharu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno di Tanah Merah. “Tanah yang didakwa mereka seperti disebut dalam berita disiar televisyen baru-baru ini tidak mempunyai sebarang dokumen hak milik sama ada deposit atau geran tanah. “Pokok getah yang ditanam di tanah tersebut diusahakan Felcra dan bukan penduduk seperti didakwa mereka. “Penduduk hanya datang mengaku tanah yang telah diusahakan Felcra sebagai milik mereka, sedangkan surat deposit bagi memohon hak milik tanah tidak ada,” ujarnya di sini. Baru-baru ini sebuah stesen televisyen dalam siaran berita memaparkan seorang wanita menangis kononnya kebun getahnya dirampas kerajaan negeri. Seorang lelaki tua pula memperli konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan PAS, sedangkan hak rakyat kononnya dinafikan. Akhbar pula melaporkan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang diusahakan sejak 30 tahun lalu. Seorang lagi penduduk memberitahu kumpulan yang mendakwa tanah mereka dirampas kerajaan negeri sebenarnya dikerah Umno berhimpun sebelum dirakam gambar wartawan yang dijemput khas. Malah katanya hanya beberapa orang sahaja penduduk tempatan yang hadir pada perhimpunan anjuran Umno tersebut, manakala selebihnya orang luar. Penduduk terbabit ketika ditemui di sini juga memberitahu kebun getah seluas 500 ekar yang didakwa milik kumpulan penduduk tersebut ditanam Felcra dan bukannya penduduk tempatan. Katanya, ketika Felcra menanam getah di situ tiba-tiba datang kumpulan penduduk yang mendakwa tanah tersebut milik mereka, sedangkan tiada sebarang dokumen mengesahkan dakwaan tersebut. Difahamkan ketika rundingan sebelum tanah terbabit diserah Felcra kepada kerajaan negeri, agensi kerajaan pusat itu juga memberitahu tiada peneroka di atas tanah yang dimajukan dengan kebun getah. Sejak diserah kepada kerajaan negeri pada 2008, kumpulan penduduk terbabit masih datang menoreh biar pun laporan polis difahamkan dibuat sebuah agensi kerajaan negeri. |
Tuesday, June 28, 2011
Umno peralat penduduk bangkit isu rampas tanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment