Saturday, March 5, 2011

Wakil Rakyat Umno Rasuah

MSO

YANG ramai dilaporkan rasuah dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat. Di Kelantan lebih lima laporan dibuat terhadap wakil rakyat Pas sepanjang 19 tahun lalu kononnya terlibat melakukan pelbagai rasuah. Ada yang dilaporkan menerima rasuah untuk pergi menunaikan haji.

Ada yang dilaporkan rasuah dan disiasat kerana terlibat dalam meluluskan kawasan balak. Ada yang terlibat dengan pengaihan rumah kedai majlis daerah. Ada juga disiasat dan dilaporkan kerana rasuah menggunakan peruntukan kerajaan membina paip air ke rumah ibu sendiri. Dan entah macam-macam lagi.

Anihnya dalam banyak laporan dan siasatan itu tidak ada satu kes pun yang lekat. Maksudnya tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas diseret ke mahkamah kerana kerana rasuah. Atau yang lagi dibicarakan beberapa hari.

Berlainan dengan keadaan wakil rakyat UBN di Negeri Sembilan. Di negeri ini tidak ada riuh randah mengenai penglibatan wakil rakyat mereka dalam rasuah. Kalau pun ada bekas Menteri Besarnya yang menang jawatan Naib Presiden digugurkan kerana terlibat dengan rasuah. Wakil rakyat lain tidak pula kedengaran.

Alih-alih hari ini Mahkamah Seksyen Seremban telah mendapati Adun Lenggeng dari BARISAN NASIONAL UMNO Mustafa Salim (foto) didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM2,000. RM2,000 saja bukan juta-juta. Mungkin kalau nilai rasuahnya ratusan juta ia tidak akan disiasat?

Mahkamah akan menentapkan 1 April ini untuk menentukan hukuman. Menurut laporan Mustafa dihukum dibawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Mengikut akta itu pesalah boleh dihukum 14 hari hingag 20 tahun penjara atau denda lima kali jumlah suapan atau minimum RM10,000.

Perkembangan di Negeri Sembilan itu membuka persoalan umum apakah satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku di negera ini? Sebab kalau mengikut perlembagaan negara,
Perkara 48(1)(e) menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.

Biarlah kita tunggu 1 April nanti. Namun naluri saya mengatakan bahawa tiada pilihan raya kecil untuk kerusi Lenggeng. Mahakmah boleh mengenakan hukuman yang menyebabkan pilihan raya tidak boleh diadakan. Eloklah rakyat sudah pun naik bosan dan muak dengan pilihan raya.

Nasib yang diterima Mustafa itu secara tidak langsung mencemarkan Umno dan Barisan Nasional. Takdir itu juga menunjukkan bahawa wakil rakyat Pas khasnya di Kelantan bersih dengan rasuah.

Dan bila mendapat tahu yang Adun Umno Lenggeng itu didapat bersalah maka teringatlah saya kepada kata-kata Hussein Ahmad, bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia dalam pertemuan dengan saya dua tiga minggu lepas Hussein bertanya, pemimpin Umno mana yang tidak rasuah? Ertinya seluruh pemimpin Umno rasuah termasuk juga beliau (Hussein) sebab beliau pernah memimpin Umno. He he.

No comments: