Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) mahu Kementerian Kesihatan memberikan perhatian kepada kebajikan doktor perubatan dengan meminimakan waktu kerja mereka kepada 30 jam sahaja. Lo' Lo' sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan di negara ini,tempoh waktu doktor bekerja harus diambil kira agar mereka tidak bekerja dalam keadaan penat dan tertekan. Ini terutamanya kepada doktor atas panggilan (on call) yang bekerja 24 jam sehari dan terpaksa ke hospital pada keesokan harinya. "Mereka ini manusia biasa, kalau bekerja lebih masa dan dalam keadaan tertekan, peluang untuk melakukan kesilapan itu tinggi dan mereka mengendalikan nyawa manusia. "Kalau on call kena bekerja 24 jam tambah lagi pada esok harinya perlu menyelesaiakan kerja tertentu dan terpaksa bekerja sehingga pukul 7 malam, lebih dari 30 jam dan ada yang bekerja sampai 40 jam," katanya. Selain itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat meminta Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan khas kepada doktor di hospital-hospital agar mereka boleh bekerja dalam keadaan yang selesa. "Saya juga minta kementerian boleh memikirkan supaya wad-wad di hospital ada bilik rehat untuk doktor. "Kadang-kadang doktor nak rehat sekejap tak ada tempat,terpaksa tumpang bilik ketua jururawat atau surau.Ini satu keadaan yang tidak sihat untuk mereka," katanya. Lo' Lo' dalam soalan asalnya meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah boleh ditetapkan waktu bekerja untuk doktor atas panggilan tidak melebihi 30 jam iaitu dari tujuh pagi hingga tujuh pagi serta tujuh pagi hingga satu tengah hari esoknya dan ini hendaklah diselaras di seluruh negara serta dilaksanakan di semua jabatan dan hospital. Timbalan Menteri, Datuk Rosnah Shirlin (BN-Papar) dalam jawapannya memberitahu, garis panduan yang dikeluarkan kementerian menjelaskan bahawa pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan aktif boleh berehat keesokan harinya hanya setelah selesai melakukan rondaan wad dan menjalankan prosedur yang diperlukan pesakit termasuk menyerahkan pengurusan rawatan pesakit kepada petugas seterusnya. |
Wednesday, March 30, 2011
PAS saran jaga kebajikan doktor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment