Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Dan inilah yang menjadi asas pembentukan Malaysia semenjak dari 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain pada masa itu.Kita juga sering diingatkan untuk tidak membuat kenyataan berbaur rasis yang akan mengganggu gugat keharmonian, serta tidak mempertikaikan hak-hak penduduk asal yang sudah termaktub sejak sekian lama.
Namun, kenyataan dari Adun DAP Bukit Mertajam, Chong Eng, yang mengatakan bahawa “melayu juga adalah pendatang“, sedikit sebanyak menggangu emosi sesetengah pihak.
Kenyataan beliau di atas sememangnya boleh menaikkan api kemarahan kaum melayu. Lebih-lebih, kenyataannya yang kami kira, adalah kurang bijak dan jumud sama sekali.Mungkin Adun DAP ini kurang membaca sejarah tanah melayu, jadi tidak mustahil kenyataannya mengenai melayu juga adalah pendatang, adalah bukan berdasarkan dari hasil penyelidikan yang teliti.
Adakah Adun DAP ini telah lupa bahawa sejarah tanah melayu sudah pun bermula dari abad ke 14 lagi melalui kesultanan melayu melaka? Atau mungkin juga dia sudah lupa sebelum itu juga, sudah wujud penempatan di tanah yang dikenali Malaysia ini sejak abad ke-2 lagi di Lembah Bujang, Kedah?
Mungkin juga dia sudah lupa, kedatangan kaum Cina dan India di tanah melayu adalah berasal dari dasar yang diperkenalkan oleh British? Kami pasti ramai daripada anda lebih pandai dalam menjelaskan ketuanan melayu ini.Kongsikan pendapat bernas anda disini.
No comments:
Post a Comment