Tuesday, March 1, 2011

Menteri Akui Mutu Persembahan RTM Teruk, Mungkin Menterinya Dah Terlalu Tua?

SEDAKA SEJAHTERA

KUALA LUMPUR: Orang awam tidak seharusnya keterlaluan memberi hukuman terhadap persembahan dan program-program yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, sebagai stesen penyiaran milik kerajaan, RTM mempunyai matlamat berbeza berbanding stesen televisyen lain.

"Jangan keterlaluan beri hukuman. Ini stesen kerajaan, bukan stesen nak cari duit atau stesen untuk mensensasikan sesuatu perkara.

"Ini (RTM) stesen untuk tujuan tradisional. RTM memupuk kesejahteraan negara dan bangsa," katanya.

Rais berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media terhadap pandangan orang awam yang menganggap mutu dan persembahan program yang disiarkan RTM agak ketinggalan, ketika menghadiri majlis Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di sini, Selasa.

Rais berkata, walaupun RTM merupakan stesen penyiaran tertua di Malaysia, namun beliau mengakui stesen tersebut masih mempunyai banyak kelemahan.

"RTM ada kelemahan, sama juga seperti stesen televisyen lain seperti TV3, Tv9, Astro dan lain-lain saluran swasta yang juga ada kelemahannya," kata beliau.

Pun begitu, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki mutu persembahan stesen penyiaran itu dari masa ke semasa.

"Kalau pun kita 'tua', kita akan terus-menerus cari perubahan.

"RTM harus ada ruang untuk perbaiki program-program televisyen, berita, drama swasta dan sebagainya," kata beliau.

No comments: