WarkahDaily
Jika tidak takut, kenapa perlu merayu kepada penduduk rumah panjang agar menjauhi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang mulai mendapat perhatian di kalangan penduduk berkenaan.
Hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu telah meminta penduduk rumah panjang agar menjauhi PR yang kini aktif memberi penerangan berkaitan isu kebajikan dan peminggiran kerajaan BN terhadap rakyat setempat.
Bukan sahaja tidak ‘gentleman’ kerana mahu menidakkan kuasa demokrasi rakyat untuk membuat penilaian sendiri antara PR dan BN tetapi cuba memintasnya dengan cara membuat rayuan terhadap penduduk rumah panjang agar tidak mendekati PR.
Menjelang pilihanraya negeri yang dijangka diadakan bila-bila masa, pemimpin BN mulai bimbang dengan perkembangan berkaitan pengaruh PR yang semakin diterima penduduk rumah panjang itu.
Bagi menghalang keadaan itu, Alfred Jabu dilihat cuba menjauhkan rakyat rumah panjang daripada pengaruh PR dengan membuat pelbagai tuduhan melulu konon DAP yang menang dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu tempoh hari telah membawa masuk penyokong luar yang berkelakuan kasar terhadap penduduk.
Beliau telah menuduh komponen PR, PAS dan PKR tidak menghormati adat resam penduduk setempat disamping cuba mengelirukan rakyat Sibu, konon PKR dibarisi pemimpin yang tidak cekap.
Keadaan itu menunjukkan pemimpin BN berkenaan sudah tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat setempat. Dalam keadaan yang gelabah, pemimpin BN mula meracuni fikiran penduduk rumah panjang agar tidak dipengaruhi PR.
Tidak mustahil juga, mereka ini akan cuba membuat ugutan terhadap penduduk rumah panjang dengan cubaan umpan bantuan wang ehsan kepada penduduk. Tidak mustahil juga, jika sokongan terus diberikan kepada PR, wang ehsan dan peruntukan RM1.7 juta yang diagihkan kepada 2,000 lebih keluarga untuk membaiki rumah panjang akan ditarik balik.
No comments:
Post a Comment