Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan rakyat tidak akan terus terbeban dengan kenaikan harga barang dengan mencadangkan perkara yang boleh memperkemaskan subsidi kerajaan dan akan membasmi amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) berkata demikian sebagai mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mengingatkan rakyat agar bersedia menghadapi situasi harga barang. "Tuanku telah menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga barang dan sebagainya. PAS akan berperanan memastikan apa yang dititahkan terutamanya mengenai subsidi kita perkemaskan lagi dan cuba hapuskan unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam projek kerajaan selama ini," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Tumpat itu juga berkata, PAS sebagai parti yang telah lama bertapak di negara ini diberi peluang yang sewajarnya untuk mengutarakan pandangan dan cadangan dalam usaha memajukan negara. "PAS sebagai parti yang konstruktif menyambut baik titah Tuanku dan kita akan mengutarakan cadangan perbahasan yang berkesan. "Saya harap ahli Parlimen PAS akan dapat peluang yang sepenuhnya untuk memberi input yang berkesan dalam perbahasan demi masa depan negara," katanya. Semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini, Tuanku Mizan menyeru rakyat agar menjadi pengguna yang bijak dan berjimat cermat dalam berbelanja. "Sejak akhir-akhir ini telah berlaku situasi kenaikan harga bahan-bahan makanan di seluruh dunia yang disebabkan oleh pemanasan global, bencana alam, perubahan polisi negara pengeluar dan peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun berbanding pengeluaran makanan dunia sebanyak satu hingga dua peratus. "Ia adalah krisi makanan global. Sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ini sememangnya di luar kawalan kerajaan. "Dalam keadaan ini, Beta menyeru rakyat supaya lebij bersedia untuk menghadapi fenomena ini, jadilah pengguna yang bijak, amalkan perbelanjaan secara berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada erlindungan kerajaan," titah Tuanku Mizan. |
Tuesday, March 8, 2011
Barang naik: PAS pastikan rakyat tidak terbeban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment