SEMAKIN tidak karuan. Bahasa tidak karuan ini sebenarnya berasal daripada Indonesia. Kalau saya tidak salah tafsir, ertinya semakin tidak menentu/semakin gelabah. Begitu rasanya ungkapan yang wajar diberikan kepada mantan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Rizalman Abdullah apabila beliau memperlekeh 10 teras utama Program Reformasi dalam tempoh 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat menguasai Putrajaya. Rizalman menyifatkan 10 teras utama reformasi tersebut sebagai gimik politik Pakatan Rakyat.
Janji para pemimpin UMNO/BN untuk membawa pembaharuan dalam tempoh 100 hari pentadbirannya ketika memenangi pilihanraya Negeri Sabah 2004 merupakan gimik politik yang berhasil memperdayakan rakyat Sabah sehingga meletakkan para pemimpin UMNO/BN sebagai manusia yang 'Bersultan Di Mata, Beraja Di Hati’.
Pemimpin UMNO/BN mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membayar RM500,000.00 bagi menutup kes rogol akibat angkara nafsu yang semakin membuas. Saranan serta paluan canang para pemimpin UMNO untuk konon memperkasakan akhlak dan jatidiri melalui pelbagai program transformasi adalah gimik politik UMNO untuk menyembunyikan nafsu besar para pemimpinnya yang bukan sekadar mahu membolot harta rakyat negeri ini tetapi juga hatta untuk memperkosa isteri orang.
Janji Sabah Baru hanya sekadar permainan lidah yang dilafazkan tanpa keazaman roh para pemimpin UMNO kerana memang sesungguhnya perjuangan UMNO sendiri adalah berasaskan kepada pragmatisme iaitu perjuangan yang memfokuskan kepada kepentingan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan halal haramnya sesuatu pendekatan tersebut. UMNO menggunakan pendekatan Machiavelli, 'the ends justify the means'.
Rizalman memang gelabah, bimbang tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 yang semakin hampir. Cara paling berkesan untuk menarik perhatian tuannya di atas ialah dengan mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi Datuk Rizalman tidak kelihatan bijak apabila menidakkan kebaikan yang banyak dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.
Contoh terbaik ialah pemberian air percuma dan pemberian bantuan kewangan kepada golongan warga emas serta pelajar-pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS. Juga kepada ibu-ibu yang bersalin, cuti 90 hari diberi berserta hadiah wang tunai kepada bayi yang baru lahir dalam bentuk tabungan.
Selama berpuluh tahun pemerintahan UMNO/BN di Sabah, mana dia subsidi yang dinikmati oleh rakyat Sabah? Jangankan subsidi, harta rakyat lagi dirampas! Tanah adat dirampas, pasir dicuri, balak ditebang secara haram, rumah yang didirikan atas keringat rakyat dibakar dan kampung halaman dirobohkan. Semuanya dilakukan ala kerajaan mafia dan ala gangster di Colombia dan Mexico.
Mana dia pemimpin UMNO/BN atau Ketua Menteri UMNO/BN yang sanggup berkorban untuk mengembalikan elaun berjumlah lebih RM200,000 setahun kepada kerajaan sepertimana contoh terpuji yang dizahirkan oleh Menteri Besar Kelantan? Kalau rompak balak itu memang ‘benchmark’ pemimpin UMNO/BN. Jangan cakap soal berkorban.
Akhir sekali, saya suka memperingatkan Rizalman dan seluruh pemimpin UMNO/BN, bahawa masanya sudah hampir untuk giliran kamu berlatih sebagai pembangkang. The time for you and all UMNO/BN leaders to adapt to a new environment as opposition members is imminent. The exercise should start now!
22 comments:
rakyat tahu siapa yang sebenarnya baik dan siapa yang sebenarnya bermasalah.
bukannya mudah untuk melakukan perubahan dalam tempoh 100 hari. bercakap memang mudah tapi melaksanakannya yang susah.
Jangan setakat janji tetapi tidak membuat apa-apa.
Diharapkan rakyat membuat penilaian dengan bijak.
Politik memang memeningkan kepala. Malah makin difikir, makin tak keruan jadinya. huhu
Daripada asyik meramal benda yang belum pasti, mungkin ada baikknya jika kita tunggu dan lihat saya apa yang bakal berlaku seterusnya nanti.
Setuju dengan komen madd. Memang bukan mudah membuat perubahan dalam tempoh 100 hari.
Bercakap atau berjanji memang senang tapi untuk memenuhinya tidak semudah meluah kata2.
Jadi terpulanglah pada rakyat unhtuk membuat penilaian.
benarkah janji 100 hari ini akan tercapai, jgn seperti janji 16 september.
rakyat tidak harus termakan janji manis politik yang secara terang tidak menguntungkan rakyat.
janji2 manis yang dibuat semasa pilihanraya harus ditunaikan sekarang..tidak perlu lagi mencipta pelbagai alasan kuno.
janji pembangunan 100 hari PR juga hanya janji manis..
rakyat harus bijak untuk menilai..
sukar untuk janji 100 hari tercapai kerana ia terlalu singkat.
Rakyat perlulah menilai sebaik mungkin.
PR tidak mempunyai isu yang boleh diketengahkan serta tidak mempunyai kelebihan yang boleh ditonjolkan untuk menarik lebih banyak sokongan rakyat. oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan pendekatan yang mustahil dengan berusaha melariskan janji 100 hari mereka.
bagaimana rakyat mahu mempercayai janji 100 hari pembangkang sedangkan parti sendiri tidak terjaga malah janji2 semasa PRU12 masih banyak yang belum ditunaikan. 10 perkara yang termasuk dalam janji mereka itu terlalu berat untuk direalisasikan melainkan mereka menggunakan pendekatan ketenteraan dan membinasakan ekonomi negara.
apa kurangnya di negeri2 yang ditadbir oleh PR.. rampasan tanah, merobohkan rumah dan gerai melayu, diskriminasi, menaikkan harga air dan rumah, membohong, memfitnah, rasuah dsb.. semuanya berlaku di negeri2 PR. rakyat tidak patut menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada parti yang tidak pandai mengurus negara.. kesannya kelak, ramalan negara bankrap akan menjadi kenyataan jika PR mentadbir negara ini.
Betul..saya sokong bukan mudah untuk melakukan kerja hanya 100hari. Kecuali pasang siap.
Itu terpulang dengan rakyat saja mahu mempercayai dengan PR atau tidak. Tapi sedangkan kerajaan sekarang pun mengambil masa yang lama apa lagi PR yang mengatakan 100 hari. Sukar untuk dipercayai semua itu.
Setiap orang itu ada pilihan, oleh itu terpulanglah pada individu itu.
Post a Comment