Mungkin juga sama macam berlaku kepada gula dulu, kalau kita tengok dulu kalau bekalan gula kurang lepas itu kerajaan naikkan harga dan masalah itu selesailah. Jadi saya rasa mungkin perkara yang sama juga akan berlaku."Jadi kemungkinan mungkin pengeluar dan pemborong beranggapan bahawa kerajaan akan naikkan harga dalam masa yang terdekat, jadi mungkin ada sesetengah menyorok bekalan dan ini sebab kekurangan bekalan," katanya.
Menurut Yusof lagi, isu sorok minyak ini adalah disebabkan pengeluar dan pemborong yang mengandaikan bahawa harga barang ini akan naik pada Disember tahun lalu. "Sebenarnya kalau kita lihat berdasarkan kepada pelarasan subsidi pun minyak masak merupakan salah satu cadangan untuk dinaikkan, kalau tak silap saya 20 sen akan dinaikkan pada akhir tahun 2010," katanya. Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60).
16 comments:
jaminan untuk tidak menaikkan harga minyak masak dalam masa ini telah pun diberikan.
harap tiada peniaga yang bertindak menaikkan harga minyak masak dengan sewenang-wenangnya.
Buat sementara ini, harga minyak tidak akan naik. Kerajaan dan pihak berkuasa telahpun memberi jaminan.
Jaminan dah diberikan, harap2 harga minyak tidak akan naik.
Semoga tidak ada para peniaga yang mengambil kesempatan dalam keadaan ini.
jika ada peniaga yang cuba menaikkan harga minyak masak, laporkan kepada pihak berkuasa.
bekalan minyak masak telah ditambah sebanyak 20 peratus di pasaran untuk memenuhi keperluan pengguna.
sama ada dinaikkan atau tidak belum dipastikan...
namun diharapkan harga minyak masak tidak akan dinaikkan..kenaikkan harga barangan keperluan harian seperti gula pada tahun lalu membebankan rakyat.
apa pun, kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya..
Saya ingat minyak masak dijamin tidak akan naik harga buat sementara?
apabila berlaku kenaikkan harga barang, seperti biasa rakyat sekali lagi gagal melihat punca dan realiti sebenar siapakah dalang disebalik kenaikan harga barangan yang langsung tidak masuk akal, sebaliknya rakyat mudah termakan dakyah hasutan pembangkang yang benar2 bukan saja menyelamatkan pemborong pemborong ini tetapi meremehkan minda rakyat semata2 mahukan undi dan kuasa politik..
walau pembangkang sekalipun mentadbir negara ini, kenaikan harga barangan tetap akan berlaku melainkan mereka sanggup melihat negara kita mundur dan bankrap. sepatutnya pembangkang menyalahkan pemborong atau orang tengah yang sengaja menaikkan harga barang kawalan ini..
Bukan apa, dulu jaminan harga RON95 tidak akan naik sehingga tahun 2011 diberikan, namun sebulan sebelum itu harga minyak sudah pun naik.
Sekarang, kita harap, jaminan ini bukan sekadar pemanis mulut sajalah. Harap dikotakan.
Buang Rasuah kerana merekalah negara akan menghadapi kerugian. Hukum pesalah rasuah dengan hukuman yang boleh mengingati semua perasuah yang lain.
Harga minyak tidak akan naik, itu sudah dipastikan.
Post a Comment