Monday, January 3, 2011

BN GAGAL TUNAI JANJI PRU-12

Oleh: MAIL MATHEW

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) terutama sekali para wakil rakyatnya digesa agar bertanggung jawab terhadap pelbagai janji pembangunan yang pernah mereka janjikan kepada rakyat di sesuatu kawasan ketika mereka berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-12 lalu seterusnya mengambil langkah langkah serius untuk menunaikan janji mereka itu sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk PRU13 sepertimana yang diwar-warkan ketika ini.

Gesaan tersebut dinyatakan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah ketika memberitahu Sabahkini.net sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya di Taman Tensan, Tenom, baru-baru ini.

“Kita juga gembira apabila jambatan Binaie sedang dalam pembinaan ketika ini walaupun kita hampir kecewa kerana janji pembinaan sudah tersasar lebih tiga tahun. Bagaimana pun kita berharap agar janji pembinaan pekan kecil Melalap dapat direalisasikan dalam tahun 2011 ini juga,” kata Jimmy.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa janji-janji pembangunan pesat Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khususnya di wilayah tengah yang menfokuskan kawasan pedalaman meskipun perancangan dalam kertas SDC memang baik malah ia dilihat sebagai satu anjakan ekonomi kawasan pedalaman namun persoalannya bilakah ia mula dilaksanakan.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC Tenom turut menegaskan bahawa selain mereka (BN) pernah menjanjikan pembangunan bersaiz besar akan dilaksanakan namun pembangunan kecil-kecilan terutama sekali pembangunan infrastruktur yang dimusnahkan oleh bencana alam sekitar 2008, 2009 dan awal 2010 masih belum dibaiki lagi.

“Kita bersimpati bila rakyat meluahkan perasaan mereka kerana seolah-olah mereka dianaktirikan dari segi pembangunan. Sebagai contohnya, rumah kebudayaan yang ada di antaranya, atap bumbung diterbangkan oleh angin kencang dan tidak kurang juga ada yang hampir roboh tetapi terus terbiar walaupun JKKK di situ berulangkali meminta peruntukkan pembaikan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Jimmy menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memperkecil- kecilkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir negeri ini dan seterusnya kebertanggungjawaban pembangunan di seluruh kawasan, tetapi janji mereka mendahulukan rakyat sudah tidak bermakna lagi jika rakyat terus dikebelakangkan dalam serba-serbinya.

“Saya berani berkata semua itu kerana rakyat sering mengadu kepada saya sama ada secara lisan atau ‘SMS’ berhubung perkara perkara kepalsuan janji mereka sedangkan mereka adalah kerajaan yang bertanggung jawab soal pembangunan,” tambahnya lagi.

31 comments:

mandau said...

janji kena ditepati. namun jika dilihat bykj jga pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.

madd said...

usaha untuk memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat sentiasa dilakukan sebenarnya.

madd said...

apa pun, usaha perlu diteruskan agar semua janji dan keperluan rakyat dapat dipenuhi. ini demi kebaikan semua pihak.

Unknown said...

Bukan senang untuk menunaikan janji dalam masa yang singkat. Sekurang-kurangnya,terdapat juga janji-janji yang telah kerajaan tunaikan.

Unknown said...

Walaubagaimanapun, kerajaan juga tidak harus sembarangan memberi janji kepada rakyat jikalau tidak dapat menunaikannya. Tidak hairanlah rakyat geram dengan kerajaan kerana kerajaan telah banyak kali memberi janji kosong.

Unknown said...

Apapun, diharapkan BN teruskan usaha mereka untuk menunaikan janji yang dibuat pada PRU12 untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Anak Sabah said...

Betulkan BN langsung tidak dapat menunaikan janji-janji yang dibuat bila PRU-12?

Anonymous said...

ada juga janji yang berjaya ditunaikan, jgnlah nak memanipulasikan kenyataan.

Anonymous said...

bukan parti yang harus dipersalahkan jika ada janji2 semasa PRU12 masih belum ditunaikan. tanya pemimpin yang mewakili daerah berkenaan dan minta penjelasan terus dari pemimpin/wakil rakyat tersebut.

Anonymous said...

SAPP sengaja menggunakan isu ini kerana telah kehabisan modal walaupun mereka sendiri mengakui janji2 itu telah ditunaikan cuma agak lewat.

Paquin said...

Bukan mudah memenuhi janji. Tapi kalau janji dah ditabur haruslah dikotakan.

Paquin said...

Saya yakin usaha utk memenuhi janji ada dilakukan cuma belum mampu memenuhi permintaan penduduk. Jadi pendek kata, kenalah berusaha lebih sikit.

Paquin said...

tak dinafikan masih ada janji yang belum tertunai namun harus diingat bahawa ada juga janji yang berjaya dilaksanakan.

Paquin said...

Betul tu supra. Kalau ya pun tak puas hati, agak2 juga la kalau memberi komen. hehe

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri.

Anonymous said...

tunaikanlah janji2 yang telah dilakukan..

Anonymous said...

janji2 yang ditaburkan pada masa pilihanraya tidak harus ditinggalkan..rakyat mengharapkan pembaharuan dan perubahan..

Anonymous said...

jika tidak ditunaikan maka pada PRU akan datang, adalah sukar untuk BN mencapai kemenangan..

Anonymous said...

wakil2 rakyat harus ingat bahawa bila2 masa mereka boleh jatuh dari kedudukan mereka sekarang jika tidak menjalankan tugas mereka dengan baik..rakyat sentiasa menilai..

Anonymous said...

diharapkan janji2 Pilihanraya yang telah dibuat diterjemaahkan kepada bentuk tindakan..

Anonymous said...

apa2 pun, dahulukan rakyat..

chimchim said...

I don't understand. How many times already?

onong said...

Gagal atau berjaya adalah dari tangan mereka juga sendiri.

Ezef said...

Maybe in some places.

Velove said...

Jadi perbaiki la kelemahan yang ada.

Nemia said...

Learn from the mistake, makes us proud this year.

POP said...

Walaupun telah gagal, saya percaya mereka sangat kecewa dengan mereka diri sendiri. Janganlah kiat menyalahkan mereka dengan begitu sahaja.

Bhatera said...

Sebaiknya, tunaikanlah janji yang telah diberikan untuk memberikan kepercayaan rakyat kepada semua.

Hosie Masie said...

Jangan biarkan rakyat tidak percaya dengan wakil rakyat yang hanya memberikan janji dimulut tapi tidak terlaksana langsung janji itu. Sebaiknya jika berjanji biarlah janji itu yang senang dan mudah untuk dikotakan jangan cakap besar tapi tiang pun tidak kelihatan.

Unknown said...

Maka tidak perlu berjanji lagi jika sukar menunaikannya. Berjanji untuk kemenangan tidak akan kekal, rakyt boleh berfikir sendiri. Semoga para wakil dan pemimpin memberikan sesuatu kenyataan dan bukan kekecewaan.

Antanum said...

Bukan gagal cuma masih ada banyak lagi yang belum sempat ditunaikan, tapi jangan susah akan sampai waktunya.