Saturday, November 27, 2010

Zaid tubuh parti baru Januari ini

BERNAMA


KUALA LUMPUR — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di sini malam ini, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada Januari ini.

Baliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama ‘Keadilan’ atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

“Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai begitu juga nama AKIM,” katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.

Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: “Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar.

Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS.

Sebelum sidang akhbar itu, Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengadakan majlis untuk meraikan para penyokongnya daripada Johor, Kedah, Perak dan Melaka.

Ditanya sama ada dengan penubuhan parti baru itu sekaligus membuktikan dakwaan bahawa beliau sememangnya ‘kemaruk’ untuk menjadi presiden parti, Zaid sinis berkata,”kalau saya tidak buat parti baru pun memang sudah dituduh sebegitu, jadi biarlah saya menjayakan harapan mereka itu.”

Zaid menyifatkan perjuangan politiknya masih belum selesai apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada PKR.

Pada 8 Nov lalu, Zaid yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan kali ini, bertindak keluar dari parti itu.

17 comments:

Unknown said...

Semoga zaid dapat melakukan yang terbaik nanti dengan parti baru Zaid yang mahu ditubuhkan itu. Ramai jugakah ahli yang ikut parti tersebut.

azman said...

terserah dengan zaid untuk melakukan apa yang dia rasakan perlu.

azman said...

keputusan zaid untuk menubuhkan parti baru tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini Zaid telah pun menyatakan keinginan untuk menubuhkan parti baru.

Anonymous said...

Who will back him up I wonder. Forming a new party is not easy and it requires a lot of money. Does he have a sponsor?

Anonymous said...

jika Zaid nak tubuhkan parti baru, biarkan parti tersebut benar2 berjuang untuk rakyat.

evan medhousky said...

kemunculan parti baru Zaid nanti akan memberi kesan kepada Pakatan kerana sudah tentu beliau akan mendedahkan lebih banyak kekotoran yang berlaku dalam Pakatan..

evan medhousky said...

"namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS."

adakah Zaid merancang untuk menerima ahli2 lompat? jika benar, parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid bukanlah parti baru.

Unknown said...

Kalau itulah yang dia mahu. Biarkan sahaja.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Yang penting, parti tersebut tidak akan ikut jejak langkah PKR.

POP said...

Adakah ini diperlukan? Bagaimana dengan orang lain? Apa hak mereka?

langsat said...

penubuhan parti baru bakal menambah bilangan parti melayu yang sedia ada di SM..

langsat said...

harap parti baru tu tidak menimbulkan kekecohan seperti yang telah berlaku terhadap PKR

langsat said...

harap zaid dapat pimpin parti barunya dengan adil daripada parti keasilan...

Paquin said...

Apa2 lah zaid.. hehe

Paquin said...

Apapun tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal dilakukan oleh si Zaid ni nanti.. Sukar nak ramal dunia politik. hehe

Antanum said...

Tubuhkan parti lain? Biarkan la yang penting tidak menganggu ketenteraman awam.