KUALA LUMPUR: Menggunakan alasan untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula dengan menarik subsidi gula merupakan satu alasan yang tidak munasabah.
Demikian kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Hj Mahfuz Omar ketika berbahas di Dewan Parlimen hari ini.
Beliau memberitahu Parlimen bahawa kenaikan harga gula tidak membantu mengurangkan jumlah pengidap penyakit kencing manis di negara ini.
"Untuk mengurangkan pengambilan gula ni, bukanlah dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga gula.
"Ini, menunjukkan kita tiada kaedah yang munasabah untuk memastikan orang ramai kurangkan mengambil gula. Sepatutnya bila harga gula naik, orang pun kurang makan gula dan pesakit kencing manis pun jadi kuranglah," ujar beliau.
"Kencing orang ni ramailah"
Menurut Mahfuz, mendidik masyarakat agar mengurangkan pengambilan gula dengan menaikkan harga bahan tersebut di pasaran merupakan kaedah yang salah dan tidak berjaya.
"Ini menunjukkan menaikkan harga gula tidak memberikan pendidikan dan kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan penggunaan gula untuk kesihatan. Maknanya tidak berjayalah bagi saya.
"Ianya cuma kerajaan sengaja mencari rasional untuk menaikkan harga gula dan ia tidak lebih dari hanya menambahkan beban rakyat sahaja," ujar beliau lagi.
Disamping itu, Mahfuz sempat menempelak pemimpin-pemimpin kerajaan apabila mengatakan pemimpin kerajaan lebih gemar menipu rakyatnya sendiri.
"Bukan sahaja tidak berjaya mengurangkan pesakit kencing manis tetapi berjaya menambahkan penyakit kencing manis dan kencing orang," sambung beliau lagi.
"Kencing orang ni ramailah. Membabitkan pemimpin-pemimpin dan kerajaan dok kencing rakyat memang berlaku banyak. Yang ini memang Doktor tak boleh ubat penyakit kencing orang ni," kata beliau lagi.
24 comments:
jika cara ini gagal mendidik masyarakat cara apa pula yang dirasakan sesuai???
tidak salah jika Mahfuz ingin mengkritik tapi, janganlah hanya sekadar mengkritik kosong. kalau Mahfuz kata cara ini tidak sesuai, bagilah idea, cara apa yang terbaik untuk mendidik masyarakat.
daripad mengkritik lebih baik memberi pendapat yang bernas.
Bukan senang untuk seseorang itu mengurangkan sesuatu pengambilan begitu sahaja. Oleh itu, Mahfuz tidak patut menyalahkan kerajaan.
Sekurang-kurangnya kerajaan telah berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini walaupun ia tidak berapa berkesan.
Daripada Mahfuz kritik banyak, lebih banyak Mahfuz memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.
"Beliau memberitahu Parlimen bahawa kenaikan harga gula tidak membantu mengurangkan jumlah pengidap penyakit kencing manis di negara ini."
saya cadangkan supaya Mahfuz bersuara menurunkan harga rokok kerana kenaikan harga rokok bukan penyelesaian untuk berhenti merokok.
"Kencing orang ni ramailah"
terutamanya pemimpin2 PAS.. setiap pemimpin PAS memiliki kencing yang pelbagai warna, setiap hari bertukar. hari ni lain, esok lain, lusa lain.. boleh kah jika mahfuz menghuraikan sesuatu tindakan itu secara umum, bukan dipengaruhi oleh politik? cuba lihat berapa harga gula di negara lain? cuba kira berapa banyak subsidi kita rugi setelah barang ini diseludup ke negara jiran? ada PAS bantu untuk selesaikan masalah ini??
Kesedaran dari masyarakat tetang mudarat yang dibawa kerana pengunaan gula yang berlebihan tidak cukup memandangkan pengunaan gula tidak turun walau harga sudah meningkat.
So bagi idea lah Mahfuz. Jangan kritik ja:P
Setuju Radzis. Tak perlu salahkan kerajaan... Kalau tak puas hati dengan cara ini ataupun anggap cara ni tak munasabah, tampil lah dengan idea dan bukannya hanya tahu bercakap saja!
Tabiat suka manis sukar diubah dengan kenaikan harga yang kecil itu.
Sakit darah tinggi dan kencing manis pun dia orang tidak takut apatah lagi 20 sen.
Makanan yang kurang manis tidak sedap.
Minuman kurang manis tidak sedap.
Gula naik harga tidak apa, masih mampu lagi.
Ubah tabiat kita yang suka makan manis dan kurang masin.
Tentu hidup kita lebih manis dan berasa kerana badan yang sihat.
Kesedaran diri paling penting.
Berubah dari diri sendiri. Jika semua orang berbuat demikian, senanglah.
Kurangkan gula hidup lebih sihat.
Buat apa mahu makan gula banyak sangat. Nanti mati cepat. Ini kira satu tindakkan yang baguslah, untuk kesihatan dan untuk menjimatkan duit negara. Tidak ada salahnya menggunakan cara ini.
I don't know what kind of method we should take to encourage the people to take less sugar. If this does not works, what would?
kalau tiada gula dalam minuman...tidak sedaplah..
sebenarnya penyakit kencing manis bukan disebabkan gula sahaja, makan karbohidrat dengan banyak pun boleh sebabkan penyakit kencing manis...
tarik subsidi gula sebenarnya cara baik nak didik masyarakat agar kurangkan gula. cuma kalau sikap seseorang tu yang langsung tidak memperdulikan bahaya penggunaan gula..
tarik subsidi boleh bagi manfaat kepada negara dengan kurangnya penggunaan bajet kepada benda yang memudaratkan kesihatan....kalau impak pengurangan gula ni tidak terlalu besar sekurang-kurangnya 1% rakyat M'sia berjimat cermat menggunakan gula kerana gula mahal...lebih baik daripada tiada langsung...? betul tak?
jangan just suka kritik, suggestion lain yang membina? anda ada kencing manis ke....:)
Bagi pandangan saya kita tidak boleh la melihat kesannya pada masa yang terdekat...Kesan ini kita boleh lihat 10 tahun akan datang. Saya pasti orang2 yang mendapat penyakit kencing manis pada hari ini adalah disebabkan oleh pengambilan gula pada 10 @ 5 tahun lalu sebelum subsidi gula berhentikan. Kesan ini tidak boleh kita lihat dalam masa yang terdekat, tapi cuba la lihat dalam jangka masa yang panjang.
Post a Comment