TEMPOH Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah Abdullah memegang jawatan akan tamat pada 31 Disember 2010, namun belum ada sebarang pengumuman dibuat siapakah yang akan menggantikan beliau.
Menurut sumber Istana negeri, buat masa ini hanya Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Hamid Egoh yang dinamakan sebagai pengganti tunggal namun cakap-cakap politik menyenaraikan ramai calon termasuk Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Dato Sri Nasir Tun Sakaran dan beberapa tokoh lain.
Ramai pemerhati politik meramalkan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak akan melepaskan tugas Tan Sri Pandikar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sekalipun atas faktor kesihatan.
Teori ‘Kudita’ yang tidak menjadi tidak memungkinkan pilihanraya kecil diadakan untuk membolehkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru kerana Najib memikirkan tidak ada keperluan menggantikan Musa Aman sekalipun tempoh Shafie memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah akan tamat pada 26 November 2010 dan dijangka akan digantikan oleh Senator Dato Jamil Khir Baharom.
Shafie yang menjadi ‘Panglima Hilang Gelanggang’ tidak mungkin kembali memimpin Badan Perhubungan UMNO Sabah kerana kerusi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah masih disandang oleh Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang kini ibarat 'Kembar Siam' kepada Musa Aman; oleh itu nama Nasir mungkin tidak lagi relevan.
Bagaimanapun ada desakan daripada ramai Ketua UMNO di Sabah yang mahukan tokoh muda yang berwibawa, berpendidikan dan boleh diterima semua pihak dilantik menggantikan Tun Ahmad Shah.
Menurut desas desus yang bertiup kencang, jika Hamid Egoh tidak diterima Najib dan tidak mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, maka mereka mencadangkan agar Mantan Ketua Menteri Sabah, Salleh Tun Said dilantik sebagai TYT bagi memulihkan semula imej Sabah yang bergelut dengan pelbagai isu; melalui kesepakatan padu Ketua Menteri Sabah, kerana Regu MS (Musa-Salleh) dianggap yang terbaik setakat ini.
“Hanya Salleh yang mempunyai rekod bersih, apatah lagi beliau merupakan pemimpin kaum majoriti di Sabah, tapi kita tidak tahu sama ada PM atau CM akan merestui cadangan kita ini,” ujar seorang Ketua Bahagian yang berpangkat Datuk.
32 comments:
tidak kira siapa pun yang bakal menggantikan TYT nanti yang penting tokoh tersebut adalah layak dan mampu melakukan peranan tersebut.
Tak pentinglah siapa yang dilantik menjadi TYT Sabah, asalkan beliau layak.
Whoever elected to become the governor, he should be free from any political horseblock...because he supposed to be neutral & not aligning with anyone or any party...
just my 2 cents....
pengganti TYT biarlah ia seorang yang berwibawa dan mempunyai rekod yang bersih.
Pastikan calon yang dikatakan akan menganti TYT sabah adalah layak dan bertanggungjawab.
Tidak kira siapa saja yang jadi TYT sabah, tapi yang penting persetujuan dari semua pihak untuk calon TYT tersebut.
Kita doakan calon baru nanti adalah yang terbaik untuk kita semua. Sebagai TYT mempunyai tanggun jawab yang besar dengan rakyatnya. Jadi biar calon yang betul-betul berkebolehan dengan semua ini.
biarlah mereka2 yang terlibat buat keputusan berkenaan dengan jawatan itu. samada rakyat suka atau tidak, rakyat terpaksa terima.
pemilihan untuk menggantikan TYT sedang dijalankan, biarlah TYT baru nnti seorang yang berwibawa dan disukai rkyat.
yang penting pengganti TYT nanti adalah seorang yang berjasa dan mampu menjalankan tanggungjawab tersebut.
Siapapun yang mengantikan TYT, apa yang penting,semua perkara berkaitan dapat diselesaikan dengan jayanya. Selain itu kepimpinan beliau juga harus diukur untuk memastikan tidak akan ada perkara yang tidak di ingini berlaku.
Siapa2lah yang penting layak :)
Ya akmalina. Dengan adanya persetujuan ramai pihak, pasti semuanya akan berpuas hati :)
saya rasa hamid egoh yang bakal jadi tyt...oops
sebenarnya yang patut jadi tyt ni ialah seorang yang bersih dan telus. saya rasa hamid egoh bakal jadi tyt...
Apapun, kita tunggu & lihat sajalah nanti K :)
just wait and see.....hamid egoh? i guess...
tyt bermula dari zaman british lagi, seawal tahun 1881 lagi. so kena pilih orang yang betul-betul layak
rasanya siapa tyt sabah ni..dah pun dipilih dan kena tunggu masa sesuai nak announce je
rakyat sabah tentu tertanya-tanya siapa yang akan menjadi TYT seterusnya..
tidak kira siapa, namun beliau haruslah benar2 layak..jika dicalonkan tapi mendapat tentangan ramai maka harus difikirkan semula calon itu.
calon yang akan dilantik harus rekodnya bersih baik secara peribadi atau profesional..harus juga dikira sumbangan dan jasa beliau kepada rakyat dan negeri sabah.
apa pun, diharap keputusan yang dibuat adalah tepat..
Teka-teki siapa yang tepat? Siapa akhirnya naik taktar?
Ramai yang layak tetapi cuma seorang yang akan dipilih.
TSR Joseph Pairin layak dilantik TYT memandangkan umur beliau sudah tinggi.
Isu ini pasti jadi bahan bual kedai kopi buat sementara.
Keputusannya akan diketahui tidak lama lagi. Bersabarlah orang Sabah.
How about Tan Sri Ghani Gilong?
BUkan senang meramal siapa yang bakal dilantik, lebih baik tunggu pengumuman rasmi saja ba.
Tidak terlalu muda jika Dt Salleh dilantik sebagai TYT?
Diharapkan calon yang terbaik akan dilantik. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan dipilih.
Siapa calonyang terbaik? Ada apa-apa cadangan?
Post a Comment