Wednesday, November 24, 2010

Penghawa dingin Perpustakaan Keningau rosak tiga tahun

KENINGAU KINI

KENINGAU . - Tiga tahun sudah berlalu tetapi masalah kerosakan penghawa dingin di bangunan perpustakaan daerah di sini masih belum berjaya diselesaikan.

Hal itu menimbulkan kekesalan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengarahkan supaya masalah tersebut diatasi segera.

Beliau pelik kenapa masalah tersebut masih tidak boleh diatasi walaupun sudah tiga tahun berlalu.

''Saya mengetahui perkara ini melalui sepucuk surat yang disampaikan oleh seseorang pengunjung yang antara lain memaklumkan mengenai keadaan perpustakaan itu.

''Pengunjung mendakwa penghawa dingin bangunan itu tidak berfungsi selama tiga tahun menyebabkan ketidakselesaan meskipun pihak perpustakaan terpaksa membuka tingkat dan memasang kipas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke perpustakaan itu, kelmarin.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, berdasarkan laporan awal yang diterima pihaknya mendapati alat tersebut rosak secara berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun tegasnya, ia perlu diatasi segera demi keselesaan pengunjung perpustakaan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Perpustakaan Zon Keningau, Andi Syiartazni Kamaluddin berkata, laporan mengenai masalah penghawa dingin itu telah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai bersabar dan pihaknya akan memastikan kerja-kerja membaikpulih alat itu dapat segera dilakukan.

Bangunan Perpustakaan Wilayah Keningau yang beroperasi sejak 15 tahun lalu itu dilengkapi dengan 14 kompresor bagi menjana alat penghawa dingin di bangunan berkenaan.

33 comments:

Anonymous said...

penghawa dingin di perpustakaan keningau itu perlu dibaiki dgn segera, tiga tahun ia tak di perbaiki, ia amat lama.

samm said...

penghawa dingin yang rosak perlu dibaiki dengan segera. ini bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung/pengguna perpustakaan tersebut.

samm said...

lawatan mengejut seperti ini yang dilakukan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan adalah amat baik bagi melihat sendiri keadaan yang berlaku.

Anak Sabah said...

Sudah tiga tahun tapi masih belum menyelesaikan perkara ini. Mengapa ya? Bukankah perpustakaan sendiri ada peruntukan untuk membaiki pulih aoa-apa yang rosak?

Anak Sabah said...

Diharapkan masalah penghawa dingin ini boleh diselesaikan secepat mungkin.

Leo said...

3 tahun tanpa penghawa dingin adalah terlampau lama. Macam mana pekerja dan pengunjung dapat tahan selama ini. Nasib baik, masalah ini diketahui oleh Pairin semasa dia lawat ke perpustakaan tersebut. Adalah penting untuk pemimpin sentiasa mengadakan lawatan seperti ini untuk mendekat dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka. Dengan mengetahui masalah mereka, pemimpin haruslah segera mencari penyelesaian untuk masalah tersebut.

Leo said...

Masalah penghawa dingin ini haruslah dibaiki segera. Jangan biarkan masalah ini berlanjutan. Adalah penting untuk memastikan pekerja kerja dalam suasana yang selesa.

Anonymous said...

tentu masalah ini tidak berlarutan sehingga tiga tahun jika aduan dibuat lebih awal..

Anonymous said...

sebagai sebuah tempat yang menjadi tumpuan orang awam, masalah seperti ini tidak patut berlaku. keselesaan, keselamatan dan kepuasan pengunjung sepatutnya mendahului kepentingan perpustakaan tersebut. saya harap keperihatinan Timbalan Ketua Menteri akan dapat menyelesaikan masalah ini.

elia said...

Ada kemungkinan dalam masa 3 tahun itu, ada beberapa kali diperbaiki tapi selepas beberapa ketika kembali rosak. Tidak mungkin perkara ini berlaku berlanjutan selama 3tahun. Tapi usaha untuk mengkhabarkan situasi ini di media dapat memberi impak yang besar.

amy said...

harap pengguna dan pekerja perpustakaan bersabar, tidak lama lagi pasti akan selesa.

Anonymous said...

jika Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tk melawat perpustakaan tersebut, pasti penghawa dingin tersebut akan terus dibiarkan. penghawa dingin itu perlu diperbaiki untuk keselesaan pengunjung.

langsat said...

ini mungkin disebabkan pihak penyelengeraan penghawa dingin yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik.

langsat said...

Diharap kunjungan Timbalan Ketua Menteri, akan dapat memberikan penyelesaian berhubung masalah kerosakan penghawa dingin yang berlarutan selama 3 tahun ini.

langsat said...

Keselamatan dan keselesaan para pengunjung harus diutamakan. Takkan lah selama 3 tahun ini masalah kerosakan penghawa dingin tidak dapat dibaiki.

langsat said...

Siapa yang harus dipersalahkan? kenapa baharu sekarang memaklumkan masalah ini. Masalah penghawa dingin pun melibatkan Timbalan Ketua Menteri.

langsat said...

Mungkin penghawa dingin mengalami kerosakkan teruk sehinggakan tiada pihak yang berani tampil dan terpaksa melibatkan Timbalan Ketua Menteri agar masalah ini dapat diselesaikan.

Anonymous said...

yang pelik, masalah ini sudah berlarutan selama 3 tahun namun baru sekarang diberikan perhatian..apa yang pihak pengurusan perpustakaan dan pihak berkenaan buat?

Anonymous said...

nasib baik, pairin membuat lawatan mengejut...jika tidak, mungkin masalah ini akan terus berlarutan..

Anonymous said...

diharap pihak berkenaan akan melakukan apa yang patut untuk keselesaan pengguna..

Paquin said...

3 tahun??? aiks, lamanya... apa cerita masih tak dibaiki???

Paquin said...

hal ni agak melucukan dan tak sepatutnya berlaku. Malangnya ia tetap berlaku... huhuhu

Paquin said...

Ya samm. memang patut dibaiki jika dah rosak. Bukan seja utk keselesaan pengungjung tetapi juga utk mengelakkan daripada andaian2 -ve. hehe

Paquin said...

malah lawatan mengejut oleh Tan Sri Joseph pun satu tindakan yang patut dipuji kerana langkah sebegini mampu membuktikan usaha pemimpin untuk memantau setiap keadaan yg berlaku.

Paquin said...

Ya, rasanya ada juga kemungkinan tu rebirth. Apapun, yg penting sekarang ialah hal ni diselesaikan segera.

Unknown said...

3tahun rosak??kenapa tidak ada tindakkan berhubung masalah ini. Sungguh mengecewakan.

Unknown said...

Harapan kita, pihak perpustakaan cubalah untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. 3 tahun tidak ada perubahan, ini sungguh memalukan cara pengurusan yang lembap.

kb girl said...

Tiga tahun masalah belum dapat diselesaikan? Apa dah jadi? Ini zaman IT yang menyalur maklumat dalam sekelip mata, pekara ini berlaku disebabkan pegawai yang berkenaan tidak menjalankan tugas dengan baik. Patut dipecatkan.

Unknown said...

Tiga tahun? Tiga tahun cukup lama untuk membina sebuah lagi perpustakaan baru.

Unknown said...

Kesabaran pengunjung perpustakaan harus dipuji.
Kegagalan pegawai berkenaan menjalankan tugas harus diperkutuk dan tidakan hrus diambil.

Unknown said...

Tahan uga orang awam yang mengunjungi perpustakaan tersebut.

captain said...

Alasan yang diberi pegawai berkenaan sukar diterima.

Unknown said...

Rediculous, tiga tahun tidak pandai selesaikan masalah kecil.