Wednesday, November 24, 2010

PENDAPATAN PETANI US$15000, DONGENG MODERN?

OLEH: JOE

DALAM Daily Express kelmarin (22/11/10), Timbalan Ketua Menteri Sabah telah menyatakan mengenai sasaran pendapatan petani pada tahap US$15,000 setahun dan mengariskan 5 strategi untuk mencapai sasaran peningkatan pendapatan petani di Sabah.

Sasaran dan strategi ini sangatlah baik dan impian semua petani. Walau bagaimana pun terdapat beberapa kekangan dan isu yang perlu ditangani untuk mencapai sasaran pendapat ke paras US15,000 seperti berikut:

1. Pekebun getah di Sabah tidak memperolehi harga yang sama dengan petani getah di Semenanjung dan Sarawak. Harga getah kentalan di Semenanjung dan Sarawak adalah RM5.80-6.70/kilo sedangkan di Sabah hanya RM 4.80 se kilogram. Perbezaan harga julat RM1.00-2.00/kilo. Monopoli oleh Agensi Kerajaan berkenaan mengekang harga yang di terima oleh Pekebun Gatah di Sabah.

2. Pekebun Sawit di Sabah dikenakan cukai RM50 setan tandan sawit. Cukai ini mengurangkan pendapatan pekebun sawit. Cukai yang bertujuan untuk pembaikkan jalan-jalan ladang ke ladang-ladang tidak dapat dilihat; jalan-jalan ke ladang-ladang sangat teruk dan hanya 4WD saja boleh jalan.

3. Pekebun Buah-buahan seperti jambu air, betik, dan lain-lain memperoleh harga lebih rendah berbanding dengan petani di Semenanjung; contoh harga jambu air sekilogram di Semenanjung (KL) adalah RM12 sekilo; di Sabah hanya RM3.

Jestru itu isu harga komoditi dan hasil pertanian perlu di tangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Kementerian Pertanian. Harga komoditi dan hasil perlu sama di Sabah dan Semenanjung serta Sarawak atas dasar 1 Malaysia dan rakyat didahulukan dan pencapaian jentera kerajaan yang mantap.

Janganlah agensi kerajaan mengambil peluang menekan harga hasil pertanian/ komoditi. Tolonglah capaikan impian sasaran pendapatan petani Sabah ke paras US$15,000 setahun atau terus menjadi Dongeng Modern yang didendangkan ban Dunia.

36 comments:

Anonymous said...

perbezaan harga barangan komoditi antara sabah dan sarawak perlu diselaraskan, jika berterusan begini, bagaimaan petani Sabah nak meningkatkan taraf hidup mereka.

samm said...

usaha untuk membangunkan dan meningkatkan pendapatan petani perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar hasil yang positif dapat dicapai.

Anak Sabah said...

Sebelum memberikan pendapat, saya ingin mengambil tahu, adakah harga hasil-hasil ini dijual di tempatan ataupun dieksport? Jika hasil pengeluaran di Sabah di jual kepada rakyat Sabah, biasalah harganya lebih rendah, berbanding orang Sabah membeli dari pengeluar di semenanjung. Itu disebabkan polisi Cabotage.

Jika kedua-dua hasil dari Sabah dan Semenanjung diekspot, maka saya bersetuju harganya harus diselaraskan.

Semoga keadaan sebenar dapat dijelaskan.

Leo said...

Diharapkan 5 strategi tersebut dapat menolong mencapai sasaran peningkatan pendapat petani di Sabah.

Leo said...

Pastikan terdapat usaha untuk memastikan strategi tersebut dilaksanakan.

Anonymous said...

kaji dahulu kenapa harga barang2 tersebut tidak sama mengikut kawasan. jika barang itu dibawa dari luar atau jauh dari pasaran sudah tentu ianya mahal berbanding dengan barang tempatan dan untuk pasaran tempatan. sama juga jika barang dari semenanjung masuk ke Sabah harganya sudah tentu akan berubah..

Anonymous said...

contohnya KL, mana ada kebun buah2an di sekitar KL. jadi bila mereka ambil barang dari luar KL untuk dijual di pasaran KL, kos pengangkutan akan diambil kira bagi menetapkan harga jualan. selain itu jika barang berkenaan amat sukar diperolehi, harganya juga akan meningkat disebabkan permintaan yang tinggi tetapi penawarannya terhad. banyak yang perlu difahami sebelum melontarkan spekulasi..

Anonymous said...

matlamat untuk meningkatkan pendapatan petani mencapai US$15000 tidak mustahil dan bukan dongeng jika ada usaha kearah itu. malah sama sekali bukan dongeng kerana telah ramai petani yang mampu memperolehi pendapatan sebanyak itu. hanya yang terbantut mindanya dan suka menafikan usaha pihak lain sahaja yang akan melihat matlamat itu sekadar dongeng.

elia said...

Sebab itulah rakyat kena memberitahu apa sebenarnya situasi mereka. Secara beramai2 menyatakan situasi mereka dan bukan dalam bentuk kekerasan.

mandau said...

harap pendapatan petani di Sabah dpt ditingkatkan.

langsat said...

Jalankan penyelidikan terlebihdahulu kerana untuk mencapai sasaran petani pada tahap US$15,000 setahun mungkin tidak kesampaian kerana perlu mengambil kira faktor-faktor tertentu.

langsat said...

Kadar harga setiap jualan harus diselaraskan agar ia lebih seimbang.

langsat said...

Sistem pertanian perlu ditingkatkan dengan mempelbagaikan jenis tamanam yang berpotensi/mendapat pasaran meluas tetapi mengutamakan tanaman makanan kritikal yang diperlukan hingga ke peringgat global agar import dan export dapat berterusan, baharulah boleh mencapai sasaran pendapatan petani.

langsat said...

Kebergantungan kepada satu jenis tanaman atau tanaman tertentu tidak akan dapat meningkatkan pendapatan petani. Kadar harga yang mengikut keadaan semasa turut menjejeskan pendapata para petani.

langsat said...

Tanaman dengan kawasan yang terhad juga menjejeskan pendapatan petani.

amy said...

Taraf hidup di Sabah semakin meningkat. Tahukah Najib akan hal ini? Bagaimana mahu keluar dari kemiskinan jika sebenarnya kerajaan yang memiskinkan rakyat Sabah? Mangapa harga tidak selaras, padahal output sama?

amy said...

Penjelasan atas ketidakselarasan ini harus dinyatakan secara terang-terangan. Jangan bagi rakyat tertanya-tanya lagi. Penat lelah mereka patut dibayar.

onong said...

Sebenarnya, sektor ini dapat menjana pendapatan lumayan. Ini merupakan satu cara untuk membasmi kemiskinan di kawasan2 pedalaman.

Ezef said...

I believe this can be done without efforts.

Anonymous said...

memang harga komoditi di sabah adalah lebih rendah berbanding dengan semenanjung dan sarawak..harga yang tidak adil ini perlu diseragamkan..

Anonymous said...

kerajaan perlu bersikap realistik..selagi kekangan harga komoditi tidak diseragamkan, jangan harap pendapatan petani di sabah mencapai sasaran US$15000 setahun...lain lah kalau di semenanjung..

Anonymous said...

pendapatan golongan penoreh getah misalnya dalam sebulan tidak sampai rm500...jika cuaca tidak baik lagilah teruk...ditambah lagi dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding semenanjung dan sarawak yang menyukarkan lagi kehidupan mereka..mana tidaknya, sabah dilabel sebagai negeri di mana rakyatnya adalah termiskin di malaysia..

Anonymous said...

kerajaan negeri harus memperjuangkan hak untuk mendapat harga komoditi yang seragam..

Anonymous said...

diharap kerajaan najib akan mempraktikkan 1malaysia dengan penyeragaman harga komoditi seperti getah antara sabah dan semenanjung..rakyat di sabah juga berhak mendapat apa yang dinikmati oleh rakyat semenanjung..tiada gunanya gagasan 1malaysia itu jika hanya digunakan pada masa pilihanraya..

Unknown said...

Kami sokong sekiranya ini untuk kebaikkan negeri Sabah. Semoga Petani sabah akan maju setapak kedepan.

Hosie Masie said...

Mari kita sama-sama untuk menjayakan strategi ini. Tidak mustahil perkara ini jadi kenyataan sekiranya kita berusaha lebih. Petani mesti menunjukkan kebolehan mereka.

kb girl said...

Ini bukan dongeng, petani mampu berpendapatan USD15,000 setahun.
Kerjasama petani dan agensi kerajaan perlu dieratkan lagi.

Unknown said...

Untuk mencapai pendapatan US$ 15000 oleh petai, banyak lagi yang perlu dibuat oleh kerajaan dan juga petani.
Dasar kerajaan, komitmen dari agensi kerajaan, usaha petani, taraf pengetahuan petani dan sebagainya.

Unknown said...

Harga hasil komoditi yang tinggi memungkinkan petani dapat pendapatan tinggi malah mungkin lebih tinggi dari us$ 15 ribu.

Unknown said...

Jika petani tidak berubah dari segi cara dan teknik, memenag pendapatan tinggi buat petani adalah dongeng.

captain said...

LIGS kenalah menyusun semula cara mebeli getah dari pekebun kecil.
Harga getah Sabah tidak patut lebih rendah dari Semenanjung dan Sarawak.

Unknown said...

Bukan mudah mencapai tahap tersebut tetapi bukan tidak mungkin.

Velove said...

Jka anda percaya dengan kebolehan diri sendiri, masakan pendapatan sebegitu tidak boleh dijana?

Velove said...
This comment has been removed by the author.
chimchim said...

I believe this is achievable.

dollie said...

With determination and preseverance, I'm sure this can be done. Hooray.