Friday, November 26, 2010

"Krisis PKR hanya kocakan kecil" – Mahfuz


mahfuzOleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Kemelut yang sedang berlaku dalam PKR hanyalah sebuah kocakan kecil yang sama sekali tidak menjejaskan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Kocakan kecil, mana-mana parti akan berlaku. Pergolakan ini dilakukan oleh orang yang sama, bukan membabitkan pergolakan yang besar.

"Ini krisis kumpulan yang kecil, bukan krisis kepercayaan rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang bertanya adakah krisis dalaman PKR akan menjejaskan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mahfuz yang juga Ahli Palimen Pokok Sena berkata, PAS menghadapi krisis sama ketika parti itu menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990.

Ketika itu, katanya, ramai ulama’-ulama’ besar PAS Kelantan membantah keputusan PAS bergabung dengan APU ciptaan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu.

"Pimpinan dan ahli PAS keluar parti dan menubuhkan parti Islah dan media melapurkannya secara besar-besaran.

Tetapi keputusan pilihan raya umum 1990, BN tidak pernah menang satu kerusi pun di
negeri Kelantan," katanya.

Mahfuz berkata, krisis dalaman PKR ini akan berakhir apabila kongres parti itu di Petaling Jaya berakhir Ahad ini.

20 comments:

joey said...

jika PR memandang remeh krisis yang berlaku dalam PKR maka, tidak hairan jika krisis ini menjadi semakin teruk lagi.

joey said...

PR sepatutnya berusaha mendengar aduan dan pendapat ahli-ahli mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian.bukannya cuba menganggap ini cuma kocakan kecil.

mandau said...

krisis dalam PKR dilihat semakin rumit, jika ia dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk hingga menjejaskan pakatan.

Unknown said...

Krisis PKR ini akan menjadi punca kepada kekalahan mereka dalam PRU13 nanti jika ia tidak diselesaikan segera.

maya said...

walaupun krisis dalaman PKR diangap masalah kecil tetapi kenapa tiada penyelesaian dapat dibuat, malah semakin bertambah. sekiranya perkara ini berterusan ia pasti akan menjejaskan parti itu sendiri.

maya said...

Apapun sebarang masalah yang berlaku tidak dianggap sebagai kocakan kecil, sebaliknya perlu ada perbincangan, persefahaman dan persetujuan yang dapat dibuat.

Bujang Senang said...

ini alasan PKr untuk menutup kemaluan mereka setelah apa yang berlaku baru-baru ini. Kita boleh nampak sendiri 600 orang protest menghalau Anwar dan Azmin keluar PKR. Ini bukan masalah kecil, perkara ini boleh menjejaskan nama baik parti.

Anonymous said...

Mahfuz, bila BN buat transformasi, macam2 kritikan keluar dari mulut Pakatan kononnya BN terdesak, rakyat tolak BN dan sebagainya. seolah2 BN menghadapi masalah besar.. tapi bila rakan sendiri berperang sampai keluar parti malah ahli2 sendiri mendesak pemimpin PKR keluar parti, boleh pula Mahfuz cakap perkara kecil.. berbelit2 betullah beliau ni..

Anonymous said...

daripada terus menipu diri sendiri, lebih baik mahfuz nasihatkan PKR dan sama2 selesaikan masalah PKR. kekalahan PAS dan PKR dalam PRK baru2 ini perlu dilihat sebagai bukti bahawa rakyat sudah mula menolak Pakatan.. rakyat tahu realiti sebenar, jadi jangan cuba meremehkan minda rakyat atau menutup realiti yang telah pun disaksikan oleh rakyat.

kb girl said...

Tentu sekutu PKR itu tidak memperbesarkan krisis yang berlaku dalam PKR.
Kesan pergolakan akan timbul semasa pru.

Unknown said...

Semua parti ada krisisnya sendiri. Komponen BN tidak terkecuali.

Paquin said...

Apa2 lah.. kita tunggu dan lihat sajalah nanti!

Paquin said...

saya yakin rakyat sudah cukup matang untuk membuat penilaian berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini..

Unknown said...

Kadang kala yang kecil membawa kesan yang besar.

Unknown said...

Api kecil mampu berbara sehingga langit jika tidak dikawal dari permulaan.

captain said...

Krisis akan berlalu. Seperti parti yang lain, untuk terus maju selepas krisis menguji kemampuan pemimpin.

Unknown said...

tentulah Mahfuz cakap begitu, tak kan dia cakap krisis PKR bakal tengelamkan PR.

Anonymous said...

Are they still in denial that PKR is getting weaker?

amy said...

Iyalah tue, kocakan kecil. Bagaimanalah kalau kocakan besar?

Antanum said...

Biar kecil atau besar yang penting selesaikan masalah itu dengan segera. Perbaiki segala kelemahan.