Tuesday, November 30, 2010

KEADILAN mampu kembalikan maruah Sabah ?

SABAH DAILY

Wakil dari Sabah, Winnie Juanie, menyatakan suara hati orang Sabah yang sekian lama kecewa ditipu dan diperguna oleh kerajaan BN.

Beliau percaya, hanya KEADILAN dan Pakatan Rakyat mampu mengembalikan maruah serta menjaga kebajikan orang Sabah.

“KEADILAN perlu menyelamatkan orang Sabah dari cengkaman kerajaan BN. SelamatkaNlah Sabah untuk menyelamatkan Malaysia, kerana kami juga sebahagian daripada Malaysia,” ujar Winnie.

Menurutnya, masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur di kawasan pedalaman masih lagi berlarutan sejak dahulu hingga sekarang.

“Setelah sekian lama di bawah pemerintahan BN, masih ada rakyat Sabah yang tidak mendapat bekalan elektrik serta air.

Masih ada jalan yang tidak diselenggara dengan baik” jelas Winnie.

“Pendatang asing tanpa izin semakin hari semakin banyak malah tidak langsung berkurangan.

Di bawah Projek MyKad Mahathir, sebanyak 1 juta pendatang asing tanpa izin diserap sebagai warganegara berbanding 4 juta pengundi berdaftar di Sabah,” tambah Winnie.

21 comments:

joey said...

bercakap memang mudah tapi bila berkuasa lain pula yang jadi nanti.

mandau said...

masalah dalam PKR sendiri pun tidak dpt diselesaikan, bagaimana ia nak selesaikan masalah rkayt.

joey said...

bagaimana rakyat ingin mempercayai PKR jika masalah dalaman mereka sendiri pun mereka gagal selesaikan.

Hamdan Hadillah said...

Keadilan??Saya rasa tidak perlulah keadilan untuk Sabah. PKR tidak layak untuk sabah dengan pemimpin yang diketuai oleh anwar yang melakukan sendiri dengan memalukan negera sendiri di luar negara.

Hamdan Hadillah said...

Dengan pembangunan sekarang ini pun sudah pasti boleh mengambalikan kekuatan Sabah dulu. Sabah pasti akan menjadi negeri yang maju pada masa akan datang.

Bhatera said...

Kita mesti yakin bahawa dengan pemimpin Sabah sekarang ini akan dapat membantu Sabah dari masalah. Selesaikan masalah PATI dahulu yang terdapat di Sabah. Polis harus menjalankan tugas setiap hari bagi menangani masalah PATI.

Mohd Ishak said...

Senang cakap, tapi tidak senang buat.

Anonymous said...

Sabah boleh menbangun tnpa keadilan kerana rakayt sabah boleh mentadbir Sabah.

Unknown said...

Jangan cakap kalau tidak pandai buat!

Unknown said...

Macam mana Keadilan dapat memgembalikan maruah sabah sedangkan maruah sendiri pun tidak pandai jaga.

Unknown said...

Setakat ini, PKR belum buktikan kebolehan rakyat untuk mentadbir. Masalah dalaman pun semakin teruk, macam mana pula PKR hendak mentadbir sabah nanti???

Anonymous said...

sya tidak nampak keadilan dalam Pakatan Rakyat.. DAP dengan isu penindasan terhadap orang melayu di Pulau Pinang, PAS dengan tabiat demo, merampas tanah orang asli, fitnah etc, PKR dengan kekotoran dalam pemilihan PKR yang telahpun didedahkan oleh mana2 media dan blogger.. jadi kesimpulannya tidak ada keadilan dalam Pakatan..

Anonymous said...

setelah Pakatan sedar bahawa rakyat mula menolak Pakatan termasuk rakyat dinegeri2 mereka sendiri, mulalah mereka beralih kepada Sabah dengan hanya bermodalkan isu keadilan kononnya untuk menyelesaikan masalah kemiskinan, kekurangan infrastruktur dan PATI. bolehkah mereka2 ini dipercayai sedangkan mereka sendiri tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah2 itu.

Anonymous said...

tidak mustahil mereka hanya berminat untuk merampas kekayaan Sabah kemudian mengagih2kannya ke negeri2 jajahan PR. jika kita lihat negeri2 Pakatan, kita akan tahu Pakatan sebenarnya tidak mampu membangunkan ekonomi dan sosial negeri.. jika diperingkat negeri pun mereka gagal, inikan pula negara..

Paquin said...

Keadilan??? aiks... Biar betul!!!!

Paquin said...

Pelakon dalam drama politik ini tahu cakap ja.. Tapi tindakan takda!

Paquin said...

Kalau betul keadilan hebat napa tak selesaikan isu pati sekarang??? Napa mahu tunding jari kpd BN ja. hmmm....

Paquin said...

Bagi saya biarlah Sabahan tampil pertahankan maruah kita sendiri bah. Tak perlu lah yang lain tu masuk campur!

Paquin said...

Apapun terpulanglah pada penilaian rakyat Sabah sendiri. Saya yakin Sabahan cukup matang dalam memilih pemimpin yang terbaik utk Sabah.

amy said...

Kalau KEADILAN hebat sangat, selesaikan saja masalah Sabah, lepas itu baru rakyat mungkin boleh percaya akan kehebatan korang.

Antanum said...

Jika mampu kenapa sampai ke hari ini saya tidak melihat banyak jasa @ usaha yang dilakukan oleh Keadilan.