Monday, November 1, 2010

Jangan main isu ‘Sabah Untuk Sabah’, kata Soi Lek

BERNAMA

SANDAKAN — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengingatkan Parti Maju Sabah (SAPP) agar tidak memainkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi.

“Politik seperti itu sudah ketinggalan zaman. Tak perlulah membangkitkan kebencian. Apa yang diperlukan ialah politik pembangunan. Kita perlu bekerjasama dan terus maju ke hadapan.

“Memainkan isu untuk memperjuangkan autonomi atau sesuatu yang bersifat ekslusif, seperti ‘Sabah untuk orang Sabah’, adalah salah.

“Sabah telah diberi beberapa penghormatan dan sekurang-kurangnya lima menteri dalam Kabinet Persekutuan berasal dari negeri ini,” katanya.

Dr Chua berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen Thau Lin dalam kempennya bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi di pasar Tanah Merah dan Bandar Nam Tung berhampirannya di sini.

Beliau berkata sejajar harapan tinggi yang diletakkan oleh rakyat di bahu mereka, setiap ahli politik perlu membuat perubahan supaya seiring dengan senario semasa dan tidak lagi menimbulkan isu lama atau mengamalkan cara berpolitik yang telah ketinggalan zaman.

“Kini sudah tak ada lagi kubu kuat Barisan, PKR atau SAPP dan rakyat sudah makin canggih serta menuntut pelbagai perkara. Oleh itu, parti politik perlu bijak untuk menangani senario baru ini,” katanya.

Beliau berkata sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kerjasama antara semua negeri, termasuk Sabah, amat diperlukan.

“Politik integrasi, keterangkuman dan pembangunan perlu dijadikan amalan utama, bukannya mengamalkan politik bersifat ekslusif dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Pada pilihan raya kecil 4 November ini, Tsen, balu kepada anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah, ditentang Ansari Abdullah daripada PKR dan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.

Kawasan Parlimen Batu Sapi yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting dan Sekong, mempunyai 25,582 pengundi.

Daripada jumlah itu, 15,099 atau 59.02 peratus adalah bumpiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus Cina dan 57 atau 0.22 peratus etnik lain.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, SAPP sudah kehilangan modal dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi sehingga menjaja isu blok minyak `Blok L dan M’ milik Brunei.

Beliau berkata isu itu sudah diputuskan dan tidak harus ditimbulkan lagi bagi menjaga hubungan baik antara Malaysia dan Brunei.

“Calon SAPP Datuk Yong Teck Lee sudah kehilangan modal untuk menarik sokongan pengundi di Batu Sapi hingga membangkitkan isu blok minyak `Blok L dan M’ milik Brunei.

“Perkara itu sudah diputuskan dan tidak harus ditimbulkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Penerangan Program Risda di Kampung Segaliud kira-kira 70 kilometer dari sini hari ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata BN mempunyai segala jawapan bagi isu yang dibangkitkan oleh Yong dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil Batu Sapi ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Mohd Shafie berkata Yong pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan sepatutnya beliau memperjuangkan segala isu yang dibangkitkan ketika itu.

“Dia (Yong) hanya mahu mempermainkan rakyat dan menggugat perpaduan pengundi di Batu Sapi untuk kepentingan diri,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shafie yakin pengundi di Batu Sapi bijak menilai untuk memilih calon yang mampu membela nasib mereka iaitu BN.

13 comments:

zam said...

pengundi pasti cukup bijak untuk menilai mana baik dan buruk. semua perlu bekerjasama untuk maju kehadapan. sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti.

Leo said...

Best to leave behind the "Sabah for Sabahan" issues alone. This issue will only cause chaos in Sabah.

Leo said...

If YTL was concern about Sabahans, why didn't he do much to improve Sabahans life when he was the CM back then? It's obvious that Yong purposely raise issues so ppl would go against the government and support him. I do hope ppl realize that YTL only wants to get his power back.

mandau said...
This comment has been removed by the author.
mandau said...

YTl ni suka mengbangkitkan isu yang telah lama, tujuan dia hnya untuk meraih undi. rkyat jgn mudah terpedaya dgn propaganda YTL ini.

evan medhousky said...

bukan sahaja ahli politik, malah penulis bebas juga tidak setuju dengan slogan yang dilaungkan oleh YTL. jelas menunjukkan beliau benar2 tidak popular dan tidak patut menjadi pilihan rakyat terutamanya pengundi2 Batu Sapi.

evan medhousky said...

pengundi di Batu Sapi seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi2 Batu Sapi sebelum membuat keputusan.

Mahsiran said...

Memang SAPP bersaing dengan cara yang berbeza. PKR dan BN berusaha untuk membantu rakyat Batu Sapi tapi SAPP lain pula yang memperjaungkan Sabah untuk Sabah. Bukankah itu tidak ada kaitan dengan Batu Sapi yang bertanding sekarang. Kalau mahu memperjuangkan Sabah untuk Sabah nanti tunggu PRU 13. Barulah sesuai.

Hosie Masie said...

Memang pengudi harus pandai memikirkan perkara ini. Kenapa perlu memberikan sokongan dengan sesuatu parti yang hanya akan memberikan masalah kepada kita. Kenapa kita tidak memilih parti yang berjuang untuk kepenting kita dan masyarakat kita seperti BN dan PKR.

joey said...

diharapkan kepada semua yang bertanding bersaing secara sihat. masyarakat Batu Sapi juga jaganlah mudah terpengruh dengan isu-isu yang dimainkan.

Anonymous said...

SAPP kini memainkan isu 'Sabah untuk Sabah' bagi meraih sokongan rakyat. mengapa kini bari dia nak bangkitkan isu ini. semasa dia menajadi ketua Menteri, isu ini tak pernah dibangkit olehnya.

Anak Sabah said...

Sekarang dah hampir PRK, semua ahli politik hanya mahu memainkan isu lampau dan bukan benar-benar berniat menangani isu ini. Kalau mahu berbincang, perkara ini patut dibincang dengan kerajaan pusat.

Anak Sabah said...

Semoga rakyat pandai menilai dan tidak mudah terpengaruh.