PUTRAJAYA — Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 November lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.
“Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.
Abd Ghafar berkata sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November lepas dan berakhir pada 20 Disember depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520.
12 comments:
khabar angin yang mengatakan calon SPM perlu mengambil semula Bahasa Melayu kertas dua adalah tidak benar. ibu bapa dan pelajar tidak perlulah percaya dengan khabar angin tersebut.
nampaknya tiada ada peperiksaan semula bagi kertas dua bahasa melayu.
Nasib baik tidak perlu. Kesian budak-budak ini. Satu kali peperiksaan dah cukup stress.
Rupa-rupanya ia hanya khabar angin..bagus lah tue.
Semoga semua berjaya dalam SPM.
semoga calon dapat melakukan yang terbaik dalam SPM 2010 ini.
Jangan mudah percaya dengan khabar angin ini.
Ibubapa terutamanya calon SPM tidak perlu risau kerana peperiksaan SPM subjek Bahasa Melayu kertas dua itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.
Jgn risau lah, khabar angin ja ni :P
Saya harap semua pelajar yang telah menduduki SPM lulus cemerlang :)
kementerian pelajaran telah pun membuat kenyataan dan penafian. jadi saya harap selepas ini tidak ada pihak yang cuba menghangatkan isu ini kerana ia boleh menggangu tumpuan pelajar dan merisaukan ibubapa.
Jika tidak perlu, tidak perlu la. Yang penting ianya Sah dan bila sudah ada keputusan diharapkan semua calon terlibat lulus dengan cemerlang.
Post a Comment