Saturday, July 3, 2010

Piala Dunia: Belanda mara separuh akhir, singkir Brazil



Pemain Belanda Wesley Sneijder (kanan) meraikan golnya yang membolehkan pasukan itu mara ke separuh akhir dalam pertemuan dengan Brazil di Port Elizabeth malam tadi. – Gambar Reuters


THE MALAYSIAN INSIDER


PORT ELIZABETH – Juara lima kali Brazil muncul sebagai pasukan pertama disingkirkan dalam perlawanan suku akhir kejohanan Piala Dunia edisi 2010 di sini malam ini (waktu Malaysia).

Brazil yang mendahului perlawanan di peringkat awal dengan jaringan 1-0, diatasi oleh pasukan Oranje Belanda 2-1 di separuh masa kedua.

Separuh masa kedua juga menyaksikan ketua pasukan Brazil dibuang padang kerana mengasari pemain Belanda, menyebabkan ia terpaksa beraksi dengan 10 orang.

Brazil juga sebelum ini dianggap sebagai pasukan pilihan untuk bergelar juara Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan sekarang.

Belanda pernah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia sebanyak dua kali. Setakat ini Belanda mencatat kemenangan dalam semua perlawanan di Afrika Selatan.

Tiga pertemuan kedua-dua pasukan tersebut pada Piala Dunia sebelum ini berakhir dengan skuad yang menang mara ke perlawanan akhir.

Di separuh akhir Belanda akan bertemu sama ada Uruguay ataupun Ghana.

No comments: