MALAYSIA KINI | ||
|
"Alasan yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa dalam menunda pendakwaan tersebut adalah tidak menyakinkan," katanya ahli parlimen Selayang itu sambil mempertingatkan dakwaan itu telah didedahkan media sejak Ogos 2007 lagi.
Dr Ling (bawah, kanan) semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
"Semua pihak yang terlibat tidak kira jawatan dan kedudukan perlu didakwa dan dibicara atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam menyalahgunakan jawatan dan kedudukan yang diamanahkan kepada mereka atau dalam menipu Kerajaan.
"Pihak yang membantu atau menerima manfaat daripada jenayah-jenayah ini juga harus didakwa, dibicara dan dihukum atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan," katanya.
Menurutnya, kegagalan melakukan pendakwaan segera akan menimbulkan tanggapan bahawa pihak berkuasa mengamalkan pendakwaan terpilih.
"Demi membina semula keyakinan rakyat terhadap agensi-agensi kerajaan, semua pihak yang terlibat dalam skandal PFKZ mesti didakwa tanpa penangguhan dan pihak pendakwaan mesti mengadakan satu perbicaraan secara profesional dan cermat," katanya.
No comments:
Post a Comment