PUTRAJAYA — Ahli Dun Sri Muda Shuhaimi Shafiei meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya “tutup mulut” dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat kononnya gagal menangani isu perlombongan pasir haram.
Katanya, Khir selaku menteri besar sebelum Mac 2008 telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya mengatasi masalah tersebut tetapi kini mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khir (gambar) baru-baru ini mendakwa lombong pasir di Kuala Langat haram dan menjejaskan kawasan Paya Indah Wetlands.
Bagaimanapun pakar alam sekitar dilantik anak syarikat kerajaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mempertikaikan dakwaan Ketua Pembangkang itu.
“Selama lapan tahun Khir Toyo adalah menteri besar, apa yang beliau buat? Saya memberitahu, anda, diam (tutup mulut),” kata Shuhaimi kepada pemberita di sini hari ini.
Shuhaimi berkata isu pasir yang dibangkitkan sekarang ini bermotifkan politik.
“Ia persaingan antara Noh Omar dan Khir Toyo. Siapa juara akan menjadi menteri besar,” katanya.
Shuhaimi memberi amaran agar Khir berhenti daripada mendesak Pakatan Rakyat (PR) dan jika tidak akan berhadapan dengan pendedahan.
“Lagi banyak anda menekan kami, kami akan mendedahkan semua (tentang Khir),” tegas Shuhaimi.
No comments:
Post a Comment