Monday, July 26, 2010

Anwar tuntut AG jawab dakwaan ‘cinta’ Saiful, timbalan pendakwa raya



Saiful didakwa mengadakan hubungan sulit dengan seorang pendakwa raya wanita. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak respons Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa salah seorang timbalan pendakwa raya wanita menjalin hubungan “romantik” dengan saksi utama kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Raja Petra baru-baru ini menulis Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya “bercinta” dengan timbalan pendakwa raya.

Peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, Peguam Negara atau pasukan pendakwaan belum memberi respons kepada dakwaan Raja Petra sambil menekankan ia boleh menjejaskan prosiding kes ini yang dijadual untuk disambung 2 Ogos ini.

“Ini mempunyai implikasi yang serius ke atas kes, kami mahu Peguam Negara mengesahkan ataupun menafikannya.

“Jabatan Peguam Negara kena berkecuali dan membuktikan ia bertindak demikian dalam mengendalikan kes ini, meskipun Saiful merupakan pengadu dan saksi utama pendakwa,” kata Sankara kepada The Malaysian Insider pagi ini.

No comments: