Monday, April 5, 2010

SBT, UMPAMA MERCEDEZ DENGAN BASIKAL BURUK

Oleh: SUARDI SAWAI


SAYA melihat, penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk mengukur semua sekolah di Malaysia seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini, merupakan sesuatu langkah yang tidak munasabah kerana;

* Bilangan guru dengan murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), antara 1:9 hingga 1:11. Pernah satu ketika dahulu, salah satu SBP mempunyai kelebihan 16 orang guru. Lalu bagaimana di Sabah/Sarawak, 1:40 lebih.

* Ada beberapa Pengetua SBP berpangkat JUSA bahkan dapat Dato' baru-baru ini, sedangkan sekolah lain di Sabah/Sarawak DG 48 itu sudah cukup handal sangat, bahkan ada yang baru mendapat DG 44 sahaja.

Kemudahan SBP dibandingkan sekolah-sekolah di Sabah/Sarawak seperti siang dengan malam. Cuba kau amati dan fahami fakta berikut;

a) Peralatan Wind Orchestra SBP lebih RM. 500,000.00, sementara sekolah lain tiada langsung!

b) Semua SBP ada kaunter on line, sementara sekolah di Sabah/Sarawak, tiada elektrik langsung.

c) Bilik komputer dan peralatan SBP, diperkirakan lebih baik daripada bilik guru dan bilik pengetua di Sabah/Sarawak.

Sudah tentu beratus lagi fakta lain yang boleh diungkap, saya rasa semua guru di Sabah/Sarawak sudah tentu dapat mengatakannya.

Secara kesimpulannya, menilai sekolah berprestasi tinggi di Sabah seperti membandingkan Mercedez dengan sebuah basikal buruk!

Sukacita saya mencadangkan agar Kerajaan mendemokrasikan pendidikan dalam erti kata sebenarnya, jangan hanya cakap-cakap demokrasi pendidikan tapi amalannya Diskriminasi Total terhadap pelajar-pelajar rakyat Malaysia.

Konsep Sekolah Berasrama Penuh ini peninggalan penjajah seperti MCKK, TKC dan lain-lain yang patut dikaji semula kesesuaiannya dengan era sekarang.

Sistem pendidikan di SBP harus dirombak kerana ia gagal mendidik pelajar-pelajar cemerlang dalam erti kata sebenarnya. Hal ini terbukti apabila di universiti, ternyata sistem pendidikan sekolah Cina lagi unggul. Fakta ini tergambar sewaktu konvokesyen, di mana ijazah kelas pertama 90% didominasi pelajar Cina.

No comments: