|
Beliau meminta kerjasama mereka termasuk yang melihat kejadian itu agar tampil atau menghubungi mana-mana balai polis untuk memberikan maklumat.
"Kita berharap saksi-saksi ini dapat segera tampil agar keterangan daripada mereka dapat diambil," katanya.
Dalam kejadian itu, Aminulrasyid, 14, mati ditembak semasa dia dan seorang rakannya cuba melarikan diri daripada dikejar oleh anggota polis dalam kereta peronda di kawasan Seksyen 11 pada 2 pagi Isnin lalu.
Khalid berkata polis berharap semua pihak terutama ahli keluarga Aminulrasyid bersabar dan memberi kepercayaan kepada polis untuk menyelesaikan siasatan kes itu.
No comments:
Post a Comment