SHAH ALAM : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tindakan polis terhadap remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah dan menyifatkan perbuatan seumpama itu seakan-akan kezaliman pihak berkuasa Israel
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengunjungi rumah keluarga mangsa di Jalan Makyung, Seksyen 11 kira-kira 12 tengah hari tadi.
Ramai saudara mara berhimpun di rumah mangsa sebagai tanda simpati kepada keluarga berkenaan. Masing-masing berwajah sugul, malah ada yang menangis.
Ketika ditemui TV Selangor, Guan Eng menegaskan siasatan bebas perlu dibuat dan berharap tiada mana-mana pihak cuba melindungi individu yang melakukan kekejaman ini.
Beliau juga membidas media arus perdana dan polis yang melulu mengeluar kenyataan hingga mengguris ahli keluarga mangsa.
"Dalam peristiwa yang menghibakan ini cuba berikan keadilan, sudah cukup menghibakan dan jangan cuba mengaibkan ahli keluarga lagi. Kita mahu satu siasatan bebas tanpa ada unsur melindungi polis terlibat.
"Saya ingin tegaskan kita bukan anti-polis, kita hanya anti satu dua yang merosakkan nama baik polis," katanya yang turut mengucapkan takziah dan mengutuk kezaliman ini.
"Ini satu tragedi yang amat menghibakan dan kita juga memberi sokongan. Kita juga ingin melahirkan kecaman sekuat-kuatnya sekali ke atas tragedi ini.
“Jangan biarkan satu lagi nyawa kehilangan begitu saja kerana ini adalah satu kezaliman yang amat ketara yang hanya kita dapat lihat hanya di Israel," katanya
No comments:
Post a Comment