Thursday, April 29, 2010

Perhimpunan Bantah GST 1 Mei di Dataran Merdeka

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Perhimpunan aman membantah Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) sempena Hari Pekerja akan diadakan pada Sabtu ini jam 11 pagi bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1 yang terdiri daripada kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan dan parti politik.

Penyelaras Media Jawatankuasa Mei 1, Paremeswari berkata upacara sambutan ini akan disertai oleh lebih 1,000 orang yang terdiri daripada pekerja dan masyarakat dari pelbagai sektor termasuk kilang, ladang, peneroka bandar, petani, dan Orang Asal.

Menurut beliau tema yang dipilih adalah untuk membantah hasrat kerajaan untuk memperkenalkan GST yang pastinya akan memudaratkan kehidupan kaum pekerja.

No comments: