Thursday, April 29, 2010

Kes Enjin Hilang : Jeneral, Empat Pegawai saman ATM RM5 juta


http://buletinonline.net/images/stories/berita25/malaymailstolenpartsbac.jpgSeorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.

Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.

"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.

Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan

Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.

Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.

Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia

Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.

Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989.

No comments: