Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Islmail berkata, kemungkinan calon Bebas akan ditaja oleh pihak tertentu dalam BN menyertai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Beliau yang juga berkata, beberapa maklumat dalaman Umno memberitahu bahawa beberapa pihak di kalangan akar umbi Umno sedang merebut kerusi Parlimen P094 itu, iaitu kerusi tradisi MIC. Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos. Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita. Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3). Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas. |
Friday, April 2, 2010
Mungkin ada calon Bebas di Hulu Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment