MALAYSIA KINI | ||
|
Kira-kira 50 pelajar daripada kampus Shah Alam itu yang kelihatan lengkap berpakaian makmal, berkumpul di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kira-kira jam 10 pagi tadi.
Mereka berhasrat menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membatalkan keputusan Unisel yang mahu memindahkan fakulti bioteknoginya ke kampus utama di Bestari Jaya.
Memorandum tersebut berjaya diserahkan oleh seorang pemimpin pelajarnya kepada setiausaha politik kepada menteri besar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Seorang pegawai universiti berkenaan ketika dihubungi mengesahkan mengenai demonstrasi pelajar tersebut.Tambahnya, pihak universiti dijangka mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kontroversi tersebut petang ini.
No comments:
Post a Comment