SUARA KEADILAN
KUALA LUMPUR - Parlimen Kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari tahun depan, akan memberi tentangan hebat kepada Barisan Nasional kata Naib Presiden KeADILan Azmin Ali.
Menurut beliau, walau siapapun yang bertanding dalam kerusi parlimen berkenaan, KeADILan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
“Kami Pakatan Rakyat juga akan memberi tentangan hebat kepada Umno-Barisan Nasional memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik Pakatan Rakyat,” menurutnya dalam blognya 1 Disember lalu
Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya KeADILan berkata, KeADILan sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
“Sebelum ini, satu mesyuarat majlis tertinggi KeADILan telah diadakan dan menetapkan sedia memberi peluang kepada rakan PAS untuk bertanding di Kuala Terengganu. Keputusan ini diambil atas beberapa faktor dan diketahui umum bahawa kerusi Parlimen Kuala Terengganu secara tradisinya adalah milik PAS,” katanya lagi.
Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan diadakan pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen.
Jumlah pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu.
No comments:
Post a Comment