Thursday, December 11, 2008

Keadaan Iskandar stabil dan perlu rehat, kata isteri

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor yang juga ahli Exco kerajaan negeri, Iskandar Abd Samad yang dimasukkan ke hospital Selangor Medical Centre petang tadi kerana masalah jantung kini berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Salasiah Zakaria sewaktu dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementara itu, menurut blog Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan SMS, Adun Chempaka itu masih dalam pemerhatian pakar di wad ICU hospital berkenaan.

Jelas Roslan, menurut pegawai khas Iskandar, Rosli Abidin, Iskandar yang pagi tadi menghadiri majlis Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor di istana telah pergi ke SMC apabila mendapati keadaannya lemah dan kepenatan.

Di sana pihak hospital mendapati degupan jantungnya laju dan telah mengejarkannya ke ICU untuk pemerhatian dan kini beliau masih berada di sana namun dalam keadaan selamat dan boleh bercakap. - mns_

No comments: